20261026_TNGD Business Account RM5 Daily Reward Campaign Terms and Conditions

Terms & Conditions

TNGD Business Account RM5 Daily Reward Campaign Terms and Conditions

1. The TNGD Business Account RM5 Daily Reward Campaign (“Campaign”) is organized by TNG Digital Sdn Bhd (“TNGD”).

2. The Campaign is scheduled to run from 26 October 2026 to 1 November 2026, both dates inclusive (“Campaign Period”).

3. This Campaign is only open to existing TNG eWallet merchants that, before the commencement of the Campaign Period on 26 October 2026, meet all of the following criteria, as determined by TNGD based on its records:

(a) merchant status is active;
(b) the merchant has never registered for a Business Account; and
(c) the merchant is on either the T+1 bank settlement method, T+0 bank settlement method or TNG eWallet settlement method

4. This Campaign allows Eligible Merchants who become new Business Account holders during the Campaign Period (“New Business Account Holders”) to receive a Ringgit Malaysia Five (RM5.00) daily reward (“Daily Reward”) for each Campaign Day on which they fulfil the Campaign Requirements as stipulated below, subject to the daily allocation limit.

Campaign Requirements

5. Participation in this Campaign is open to New Business Account Holders that meet the following requirements (“Campaign Requirements”):

(a)Be an Eligible Merchant;
(b)Successfully register a new Business Account during the Campaign Period;
(c)Maintain the Business Account throughout the Campaign Period in an active status, without voluntarily terminating, deactivating or otherwise disabling the Business Account; and
(d)Complete at least one (1) successful Business Account settlement on each Campaign Day for which the New Business Account Holder seeks to receive a Daily Reward.

6. The New Business Account Holders that have fulfilled the Campaign Requirements above are hereinafter referred to as “Eligible New Business Account Holders”.

Daily Reward

7. Subject to fulfilment of the Campaign Requirements, each Eligible New Business Account Holder may receive one (1) Daily Reward of Ringgit Malaysia Five (RM5.00) for each Campaign Day during the Campaign Period on which the Eligible New Business Account Holder completes at least one (1) successful Business Account settlement, subject to the daily allocation limit set out below.

8. The Daily Reward is limited to the first one thousand (1,000) Eligible New Business Account Holders who complete a successful Business Account settlement on each Campaign Day. The recipients of the Daily Reward for each Campaign Day will be determined by the timestamp of each Eligible New Business Account Holder’s first successful qualifying Business Account settlement on that Campaign Day, based on TNGD’s records. Receipt of a Daily Reward on any Campaign Day does not guarantee receipt of a Daily Reward on any subsequent Campaign Day.

9. The Daily Reward will be credited to the Business Account of the relevant Eligible New Business Account Holder the following day, subject to verification by TNGD based on its records.

10. The Daily Reward is non-transferable and shall not be provided as physical cash or any other form of compensation in lieu of being credited to the Business Account. The Daily Reward is a promotional reward offered by TNGD and shall not be construed as interest, profit, dividend, or any form of return on funds maintained in the Business Account.

General

11. Each Eligible New Business Account Holder is only entitled to one (1) Daily Reward for each Campaign Day, subject to the Campaign Requirements and the daily allocation limit.

12. This Campaign shall not be valid with other ongoing promotions, discounts, or vouchers.

13. This Campaign is only open to Eligible Merchants that are new Business Account holders. Existing Business Account holders, merchants that are not Eligible Merchants, or merchants who have reactivated a previously closed or suspended Business Account are not eligible to participate in this Campaign.

14. This Campaign is not open to the employees of TNGD and/or its affiliates.

15. TNGD reserves the right, at its sole discretion, to disqualify any Merchant from participating in this Campaign or to withhold, suspend, reverse, and/or claw back any rewards under this Campaign, including by debiting the corresponding amount from the Merchant’s Business Account, if TNGD determines that the Merchant has:

(a)created or registered multiple Business Accounts under the same or related business entities, or owners for the purpose of obtaining multiple rewards;
(b)provided false, inaccurate, or misleading information during registration;
(c)breached these Terms and Conditions or is otherwise ineligible to participate in this Campaign; or
(d)otherwise engaged in any fraudulent, abusive, or suspicious activity in connection with this Campaign.

16. For the avoidance of doubt, TNGD reserves the right to verify the eligibility of any participant, request additional supporting documents before crediting any reward, and reject any participant who fails to meet the eligibility criteria or provide the requested documents.

17. All funds maintained in the Business Account shall at all times remain the property of the New Business Account Holder and utilisation of such funds shall be subject to the Business Account Terms and Conditions available at https://www.tngdigital.com.my/assets/images/business-account-tnc.pdf

18. TNGD reserves the right to terminate, withdraw, or extend the Campaign prior to the expiration of the Campaign Period at any time by providing at least five (5) days prior notice on the TNG eWallet website at https://www.tngdigital.com.my/ and/or TNG eWallet application.

19. These Terms and Conditions shall be further subject to the General Campaign Terms and Conditions which can be found at https://www.tngdigital.com.my/tnc/general-campaign-terms-and-conditions/.

20.Please visit https://www.tngdigital.com.my/ for more information or inquiries.


Terma dan Syarat Kempen Ganjaran Harian RM5 Business Account TNGD

1. Kempen Ganjaran Harian RM5 Business Account TNGD (“Kempen”) dianjurkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (“TNGD”).

2. Kempen ini dijadualkan berlangsung dari 26 Oktober 2026 hingga 1 November 2026, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”).

3.Kempen ini hanya terbuka kepada Peniaga TNG eWallet sedia ada yang, sebelum bermulanya Tempoh Kempen pada 26 Oktober 2026, memenuhi semua kriteria berikut, sebagaimana yang ditentukan oleh TNGD berdasarkan rekodnya:

(a)status peniaga adalah aktif;
(b)peniaga tidak pernah mendaftar untuk Business Account; dan
(c)peniaga menggunakan sama ada kaedah penyelesaian bank T+1, kaedah penyelesaian bank T+0 atau kaedah penyelesaian TNG eWallet.

4. Kempen ini membolehkan Peniaga Yang Layak yang menjadi pemegang Business Account baharu dalam Tempoh Kempen (“Pemegang Business Account Baharu”) menerima ganjaran harian Ringgit Malaysia Lima (RM5.00) (“Ganjaran Harian”) bagi setiap Hari Kempen yang mereka memenuhi Keperluan Kempen seperti yang dinyatakan di bawah, tertakluk kepada had peruntukan harian.

Keperluan Kempen

5. Penyertaan dalam Kempen ini terbuka kepada Pemegang Business Account Baharu yang memenuhi keperluan berikut (“Keperluan Kempen”):

(a)Merupakan Peniaga Yang Layak;
(b)Berjaya mendaftar untuk Business Account baharu dalam Tempoh Kempen;
(c)Mengekalkan Business Account dalam keadaan aktif sepanjang Tempoh Kempen, tanpa menamatkan, menyahaktifkan atau sebaliknya menyebabkan Business Account menjadi tidak aktif atas kehendak sendiri; dan
(d)Melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) penyelesaian pembayaran Business Account yang berjaya pada setiap Hari Kempen bagi mana Pemegang Business Account Baharu tersebut ingin menerima Ganjaran Harian.

6. Pemegang Business Account Baharu yang telah memenuhi Keperluan Kempen di atas selepas ini dirujuk sebagai “Pemegang Business Account Baharu Yang Layak”.

Ganjaran Harian

7. Tertakluk kepada pemenuhan Keperluan Kempen, setiap Pemegang Business Account Baharu Yang Layak boleh menerima satu (1) Ganjaran Harian sebanyak Ringgit Malaysia Lima (RM5.00) bagi setiap Hari Kempen dalam Tempoh Kempen apabila Pemegang Business Account Baharu Yang Layak tersebut melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) penyelesaian pembayaran Business Account yang berjaya, tertakluk kepada had peruntukan harian seperti yang dinyatakan di bawah.

8. Ganjaran Harian dihadkan kepada seribu (1,000) Pemegang Business Account Baharu Yang Layak yang terawal melengkapkan penyelesaian pembayaran Business Account yang berjaya pada setiap Hari Kempen. Penerima Ganjaran Harian bagi setiap Hari Kempen akan ditentukan berdasarkan cap masa penyelesaian pembayaran Business Account yang berjaya dan layak pertama bagi setiap Pemegang Business Account Baharu Yang Layak pada Hari Kempen tersebut, berdasarkan rekod TNGD. Penerimaan Ganjaran Harian pada mana-mana Hari Kempen tidak menjamin penerimaan Ganjaran Harian pada mana-mana Hari Kempen berikutnya.

9. Ganjaran Harian akan dikreditkan ke dalam Business Account Pemegang Business Account Baharu Yang Layak yang berkenaan pada hari berikutnya, tertakluk kepada pengesahan oleh TNGD berdasarkan rekodnya.

10. Ganjaran Harian tidak boleh dipindah milik dan tidak akan diberikan dalam bentuk wang tunai fizikal atau apa-apa bentuk pampasan lain sebagai ganti kepada pengkreditan ke dalam Business Account. Ganjaran Harian ialah ganjaran promosi yang ditawarkan oleh TNGD dan tidak boleh ditafsirkan sebagai faedah, keuntungan, dividen atau apa-apa bentuk pulangan atas dana yang disimpan dalam Business Account.

Am

11. Setiap Pemegang Business Account Baharu Yang Layak hanya layak untuk satu (1) Ganjaran Harian bagi setiap Hari Kempen, tertakluk kepada Keperluan Kempen dan had peruntukan harian.

12. Kempen ini tidak sah untuk digabungkan dengan promosi, diskaun atau baucar lain yang sedang berlangsung.

13. Kempen ini hanya terbuka kepada Peniaga Yang Layak yang merupakan pemegang Business Account baharu. Pemegang Business Account sedia ada, peniaga yang bukan Peniaga Yang Layak atau peniaga yang telah mengaktifkan semula Business Account yang sebelum ini ditutup atau digantung tidak layak menyertai Kempen ini.

14. Kempen ini tidak terbuka kepada pekerja TNGD dan/atau syarikat sekutunya.

15. TNGD berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peniaga daripada menyertai Kempen ini atau untuk menahan, menggantung, membalikkan dan/atau mendapatkan semula mana-mana ganjaran di bawah Kempen ini, termasuk dengan mendebitkan amaun yang bersamaan daripada Business Account Peniaga, jika TNGD menentukan bahawa Peniaga tersebut telah:

(a)mewujudkan atau mendaftarkan beberapa Business Account di bawah entiti perniagaan atau pemilik yang sama atau berkaitan bagi tujuan mendapatkan pelbagai ganjaran;
(b)memberikan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan semasa pendaftaran;
(c)melanggar Terma dan Syarat ini atau sebaliknya tidak layak menyertai Kempen ini; atau
(d)sebaliknya terlibat dalam apa-apa aktiviti penipuan, penyalahgunaan atau mencurigakan berkaitan dengan Kempen ini.

16. Bagi mengelakkan keraguan, TNGD berhak untuk mengesahkan kelayakan mana-mana peserta, meminta dokumen sokongan tambahan sebelum mengkreditkan mana-mana ganjaran, dan menolak mana-mana peserta yang gagal memenuhi kriteria kelayakan atau memberikan dokumen yang diminta.

17. Semua dana yang disimpan dalam Business Account hendaklah pada setiap masa kekal menjadi hak milik Pemegang Business Account Baharu dan penggunaan dana tersebut tertakluk kepada Terma dan Syarat Business Account yang boleh didapati di https://www.tngdigital.com.my/assets/images/business-account-tnc.pdf

18. TNGD berhak untuk menamatkan, menarik balik atau melanjutkan Kempen sebelum tamatnya Tempoh Kempen pada bila-bila masa dengan memberikan notis awal sekurang-kurangnya lima (5) hari di laman sesawang TNG eWallet di https://www.tngdigital.com.my/ dan/atau aplikasi TNG eWallet.

19. Terma dan Syarat ini hendaklah tertakluk selanjutnya kepada Terma dan Syarat Kempen Am yang boleh didapati di https://www.tngdigital.com.my/tnc/general-campaign-terms-and-conditions/.

20. Sila layari https://www.tngdigital.com.my/ untuk maklumat lanjut atau pertanyaan.