Perlindungan Tenang: Insurans dan takaful mampu milik untuk semua rakyat Malaysia

Perlindungan Tenang adalah inisiatif Bank Negara Malaysia bersama industri insurans dan takaful untuk menyediakan perlindungan kewangan yang mudah diakses dan mampu milik, khususnya bagi golongan yang memerlukan. Melalui TNG eWallet, anda boleh mendapatkan perlindungan kemalangan diri dan perlindungan hayat dari rakan insurans dan takaful kami dengan mudah, terus dari telefon bimbit anda.​

tngd-perlindungantenang-hero-thumbnail-family-enjoy-in-house

Kenapa dapatkan insurans dan takaful melalui Perlindungan Tenang di TNG eWallet?​

tngd-perlindungan-tenang-icon-mudah-dan-pantas

Mudah dan pantas

Dapatkan insurans atau takaful Perlindungan Tenang terus dari telefon bimbit anda, tanpa perlu pergi ke kaunter atau ejen insurans.
tngd-perlindungan-tenang-icon-semuanya-dalam-satu-aplikasi

Semuanya dalam satu aplikasi​

Semak pilihan perlindungan, pilih pelan yang sesuai dan selesaikan pembayaran — semuanya dalam TNG eWallet.​
tngd-perlindungan-tenang-icon-pelbagai-dalam-satu-aplikasi

Pelbagai pilihan perlindungan​

Pilih antara perlindungan kemalangan diri atau perlindungan hayat dan penyakit kritikal daripada rakan insurans dan takaful terpercaya kami.​

Jenis perlindungan yang boleh anda pohon​

tngd-perlindungantenang-hero-thumbnail-kritikal-patient-happy

Perlindungan kemalangan diri

  • Sesuai untuk anda yang inginkan perlindungan asas yang mampu milik.
  • Dapatkan perlindungan kewangan sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian atau hilang upaya.

Manfaat utama

  • Pampasan kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan sehingga RM50,000
  • Elaun hospital sehingga RM100 sehari untuk tempoh maksimum 60 hari
  • Perlindungan selama 1 tahun dari serendah RM50
tngd-perlindungantenang-hero-thumbnail-kemalangan-patient-seeing-doctor

Perlindungan hayat dan penyakit kritikal

  • Sesuai untuk anda yang ingin perlindungan lebih menyeluruh.
  • Dapatkan perlindungan kewangan bagi kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal seperti kanser dan penyakit jantung.

Manfaat utama

  • Pampasan kematian atau hilang upaya akibat kemalangan sehingga RM20,000
  • Pampasan sehingga RM20,000 jika didiagnos dengan penyakit kritikal
  • Faedah kehilangan pendapatan akibat hospitalisasi sehingga RM30 sehari
  • Pampasan perbelanjaan pengurusan jenazah sebanyak RM5,000

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk ini adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau PIDM

Cara dapatkan insurans dan takaful Perlindungan Tenang melalui TNG eWallet​

Perlindungan Kemalangan Diri
Perlindungan Hayat & Penyakit Kritikal

1

Cari "Tenang" di TNG eWallet and tekan "Tenang”"

Cari "Tenang" di TNG eWallet and tekan "Tenang”"

2

Tekan "Pilih pelan sekarang" untuk memilih pelan mengikut kemampuan anda​

Tekan "Pilih pelan sekarang" untuk memilih pelan mengikut kemampuan anda​

3

Tekan "Bayar Sekarang" untuk meneruskan pembayaran​

Tekan "Bayar Sekarang" untuk meneruskan pembayaran​

4

Siap! Permohonan anda kini sudah berjaya!​

Siap! Permohonan anda kini sudah berjaya!​

Sedia untuk dapatkan perlindungan mampu milik anda?​

Sedia untuk dapatkan perlindungan mampu milik anda?​

Sama ada anda ingin menebus Baucar Perlindungan Tenang 3.0 atau membeli perlindungan insurans mampu milik, TNG eWallet memudahkan proses tersebut.​