20261016 TNGD Business Account RM5 Daily Reward Campaign FAQ VFinal.docx

Frequently Asked Questions

TNGD Business Account RM5 Daily Reward Campaign Frequently Asked Questions

  1. What is the TNGD Business Account RM5 Daily Reward Campaign?
    The TNGD Business Account RM5 Daily Reward Campaign is an initiative by TNG Digital Sdn Bhd (“TNGD”) to reward eligible existing TNG eWallet merchants who successfully register for a new Business Account and complete at least one successful Business Account settlement on a Campaign Day. Eligible merchants may receive a RM5 Daily Reward for each qualifying Campaign Day, subject to the daily allocation limit and Campaign Requirements.
  1. What is the campaign period?
    The Campaign will run from 26 October 2026 to 1 November 2026, both dates inclusive.
  1. Who is eligible to participate?
    The Campaign is open only to existing TNG eWallet merchants who, before the Campaign Period begins on 26 October 2026, meet all of the following criteria:
    • Merchant status is active;
    • The merchant has never registered for a Business Account; and
    • The merchant is on either the T+1 bank settlement method, T+0 bank settlement method or TNG eWallet settlement method.

Eligibility is determined by TNGD based on its records. Existing Business Account holders, merchants who do not meet the eligibility criteria, and merchants who reactivate a previously closed or suspended Business Account are not eligible to participate.

  1. How do I participate?
    You must:
    • Be an Eligible Merchant;
    • Successfully register a new Business Account during the Campaign Period; and
    • Maintain the Business Account in an active status throughout the Campaign Period, without voluntarily terminating, deactivating or otherwise disabling it.
  1. What must I do each day to qualify for the RM5 Daily Reward?
    You must complete at least one (1) successful Business Account settlement on that Campaign Day. The Daily Reward is subject to the daily allocation limit.
  1. How much can I receive?
    You may receive one (1) RM5 Daily Reward for each Campaign Day on which you meet all Campaign Requirements, subject to the daily allocation limit.
  1. How are the RM5 Daily Rewards allocated each day?
    The Daily Reward is limited to the first one thousand (1,000) Eligible New Business Account Holders who complete a successful qualifying Business Account settlement on each Campaign Day. Recipients are determined by the timestamp of each merchant’s first successful qualifying Business Account settlement of that day, based on TNGD’s records.
  1. If I receive a reward today, will I receive one again tomorrow?
    Not necessarily. Receiving a Daily Reward on one Campaign Day does not guarantee a Daily Reward on any subsequent Campaign Day. You must complete a successful qualifying Business Account settlement again on each day, and your settlement must fall within the first 1,000 eligible qualifying settlements for that day.
  1. When will I receive the RM5 Daily Reward?
    The Daily Reward will be credited to the relevant Eligible New Business Account Holder’s Business Account on the following day, subject to verification by TNGD based on its records.
  1. Can I transfer or exchange the RM5 Daily Reward for cash?
    No. The Daily Reward is non-transferable and will not be provided as physical cash or any other form of compensation in lieu of being credited to the Business Account. It is a promotional reward offered by TNGD and is not interest, profit, dividend, or any form of return on funds maintained in the Business Account.
  1. Can I join if I already have or reactivate a Business Account?
    No. The Campaign is limited to Eligible Merchants who are new Business Account holders. Existing Business Account holders, merchants who are not Eligible Merchants, and merchants who reactivate a previously closed or suspended Business Account are not eligible.
  1. Can TNGD employees participate?
    No. Employees of TNGD and/or its affiliates are not eligible to participate.
  1. What could result in disqualification or recovery of a reward?
    TNGD may, at its sole discretion, disqualify a merchant or withhold, suspend, reverse and/or claw back any reward, including by debiting the corresponding amount from the Merchant’s Business Account, if the merchant:
    • Creates or registers multiple Business Accounts under the same or related business entities or owners to obtain multiple rewards;
    • Provides false, inaccurate or misleading registration information;
    • Breaches the Terms and Conditions or is otherwise ineligible; or
    • Engages in fraudulent, abusive or suspicious activity in connection with the Campaign.

TNGD may verify eligibility, request additional supporting documents before crediting a reward, and reject a participant who does not meet the eligibility criteria or provide the requested documents.

  1. Can this Campaign be combined with other promotions?
    No. This Campaign is not valid with other ongoing promotions, discounts or vouchers.
  1. Are there any additional terms and conditions?
    Yes. Participation is subject to the Campaign Terms and Conditions, the General Campaign Terms and Conditions, and the Business Account Terms and Conditions. All funds maintained in the Business Account remain the property of the New Business Account Holder. TNGD may terminate, withdraw or extend the Campaign before the end of the Campaign Period by giving at least five (5) days’ prior notice on the TNG eWallet website and/or application. For more information or enquiries, please visit https://www.tngdigital.com.my/.

Soalan Lazim Kempen Ganjaran Harian RM5 Business Account TNGD

  1. Apakah Kempen Ganjaran Harian RM5 Business Account TNGD?
    Kempen Ganjaran Harian RM5 Business Account TNGD ialah inisiatif oleh TNG Digital Sdn Bhd (“TNGD”) untuk memberi ganjaran kepada Peniaga TNG eWallet sedia ada yang layak yang berjaya mendaftar untuk Business Account baharu dan melengkapkan sekurang-kurangnya satu penyelesaian pembayaran Business Account yang berjaya pada sesuatu Hari Kempen. Peniaga yang layak boleh menerima Ganjaran Harian RM5 bagi setiap Hari Kempen yang layak, tertakluk kepada had peruntukan harian dan Keperluan Kempen.
  1. Apakah tempoh kempen?
    Kempen ini akan berlangsung dari 26 Oktober 2026 hingga 1 November 2026, termasuk kedua-dua tarikh tersebut.
  1. Siapakah yang layak menyertai kempen ini?
    Kempen ini hanya terbuka kepada Peniaga TNG eWallet sedia ada yang, sebelum Tempoh Kempen bermula pada 26 Oktober 2026, memenuhi semua kriteria berikut:
    • Status peniaga adalah aktif;
    • Peniaga tidak pernah mendaftar untuk Business Account; dan
    • Peniaga menggunakan sama ada kaedah penyelesaian bank T+1, kaedah penyelesaian bank T+0 atau kaedah penyelesaian TNG eWallet.

Kelayakan ditentukan oleh TNGD berdasarkan rekodnya. Pemegang Business Account sedia ada, peniaga yang tidak memenuhi kriteria kelayakan dan peniaga yang mengaktifkan semula Business Account yang sebelum ini ditutup atau digantung tidak layak menyertai Kempen ini.

  1. Bagaimanakah saya boleh menyertai kempen ini?
    Anda mesti:
    • Merupakan Peniaga Yang Layak;
    • Berjaya mendaftar untuk Business Account baharu dalam Tempoh Kempen; dan
    • Mengekalkan Business Account dalam keadaan aktif sepanjang Tempoh Kempen, tanpa menamatkan, menyahaktifkan atau sebaliknya menyebabkan Business Account menjadi tidak aktif atas kehendak sendiri.
  1. Apakah yang perlu saya lakukan setiap hari untuk layak menerima Ganjaran Harian RM5?
    Anda mesti melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) penyelesaian pembayaran Business Account yang berjaya pada Hari Kempen tersebut. Ganjaran Harian adalah tertakluk kepada had peruntukan harian.
  1. Berapakah ganjaran yang boleh saya terima?
    Anda boleh menerima satu (1) Ganjaran Harian RM5 bagi setiap Hari Kempen yang anda memenuhi semua Keperluan Kempen, tertakluk kepada had peruntukan harian.
  1. Bagaimanakah Ganjaran Harian RM5 diperuntukkan setiap hari?
    Ganjaran Harian dihadkan kepada seribu (1,000) Pemegang Business Account Baharu Yang Layak yang terawal melengkapkan penyelesaian pembayaran Business Account yang berjaya dan layak pada setiap Hari Kempen. Penerima akan ditentukan berdasarkan cap masa penyelesaian pembayaran Business Account yang berjaya dan layak pertama bagi setiap peniaga pada hari tersebut, berdasarkan rekod TNGD.
  1. Jika saya menerima ganjaran hari ini, adakah saya akan menerimanya lagi pada hari berikutnya?
    Tidak semestinya. Penerimaan Ganjaran Harian pada satu Hari Kempen tidak menjamin Ganjaran Harian pada mana-mana Hari Kempen berikutnya. Anda mesti melengkapkan penyelesaian pembayaran Business Account yang berjaya dan layak sekali lagi pada setiap hari, dan penyelesaian pembayaran anda mestilah termasuk dalam 1,000 penyelesaian pembayaran yang layak terawal bagi hari tersebut.
  1. Bilakah saya akan menerima Ganjaran Harian RM5?
    Ganjaran Harian akan dikreditkan ke dalam Business Account Pemegang Business Account Baharu Yang Layak yang berkenaan pada hari berikutnya, tertakluk kepada pengesahan oleh TNGD berdasarkan rekodnya.
  1. Bolehkah saya memindahkan atau menukarkan Ganjaran Harian RM5 kepada wang tunai?
    Tidak. Ganjaran Harian tidak boleh dipindah milik dan tidak akan diberikan dalam bentuk wang tunai fizikal atau apa-apa bentuk pampasan lain sebagai ganti kepada pengkreditan ke dalam Business Account. Ganjaran Harian ialah ganjaran promosi yang ditawarkan oleh TNGD dan tidak boleh ditafsirkan sebagai faedah, keuntungan, dividen atau apa-apa bentuk pulangan atas dana yang disimpan dalam Business Account.
  1. Bolehkah saya menyertai kempen ini jika saya sudah mempunyai atau mengaktifkan semula Business Account?
    Tidak. Kempen ini dihadkan kepada Peniaga Yang Layak yang merupakan Pemegang Business Account Baharu. Pemegang Business Account sedia ada, peniaga yang bukan Peniaga Yang Layak dan peniaga yang mengaktifkan semula Business Account yang sebelum ini ditutup atau digantung tidak layak.
  1. Bolehkah pekerja TNGD menyertai kempen ini?
    Tidak. Pekerja TNGD dan/atau syarikat sekutunya tidak layak menyertai Kempen ini.
  1. Apakah yang boleh menyebabkan pembatalan kelayakan atau mendapatkan semula ganjaran?
    TNGD boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, membatalkan kelayakan peniaga atau menahan, menggantung, membalikkan dan/atau mendapatkan semula mana-mana ganjaran, termasuk dengan mendebitkan amaun yang bersamaan daripada Business Account Peniaga, jika peniaga tersebut:
    • Mewujudkan atau mendaftarkan beberapa Business Account di bawah entiti perniagaan atau pemilik yang sama atau berkaitan bagi tujuan mendapatkan pelbagai ganjaran;
    • Memberikan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan semasa pendaftaran;
    • Melanggar Terma dan Syarat atau sebaliknya tidak layak; atau
    • Terlibat dalam apa-apa aktiviti penipuan, penyalahgunaan atau mencurigakan berkaitan dengan Kempen ini.

TNGD boleh mengesahkan kelayakan, meminta dokumen sokongan tambahan sebelum mengkreditkan ganjaran, dan menolak peserta yang gagal memenuhi kriteria kelayakan atau memberikan dokumen yang diminta.

  1. Bolehkah Kempen ini digabungkan dengan promosi lain?
    Tidak. Kempen ini tidak sah untuk digabungkan dengan promosi, diskaun atau baucar lain yang sedang berlangsung.
  1. Adakah terdapat terma dan syarat tambahan?
    Ya. Penyertaan adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Kempen, Terma dan Syarat Kempen Am serta Terma dan Syarat Business Account. Semua dana yang disimpan dalam Business Account kekal menjadi hak milik Pemegang Business Account Baharu. TNGD boleh menamatkan, menarik balik atau melanjutkan Kempen sebelum tamatnya Tempoh Kempen dengan memberikan notis awal sekurang-kurangnya lima (5) hari di laman sesawang dan/atau aplikasi TNG eWallet. Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila layari https://www.tngdigital.com.my/.