Mar 14 2025

Beraya di Lembah Klang tahun ini? Jangan risau, makan juadah tradisi kampung anda disini!

by Haziq
1741917009-20250314-094353.jpg
Table of Contents
    Add a header to begin generating the table of contents

    Hari Raya bakal tiba tidak lama lagi, dan pastinya ramai yang sudah mula merindui juadah tradisi dari kampung halaman masing-masing. Namun, jangan risau! Jika anda beraya di Lembah Klang tahun ini, anda masih boleh menikmati hidangan tradisi kampung halaman anda yang autentik dan ikonik. Sebagai pusat pelbagai budaya dan masakan Malaysia, Lembah Klang menawarkan hidangan dari semua 13 negeri. Jadi, sama ada anda mengidam Gulai Penang atau Nasi Kerabu Kelantan, semuanya ada di sini.

     

    Mari kita sambut Raya dengan penuh kemeriahan seperti di kampung, walaupun kita berada jauh di tempat orang.  Berikut adalah panduan untuk anda yang ingin menikmati hidangan kampung di Lembah Klang:

     

    Selangor: Satay Kajang

     

    satay kajang

     

    Nama: Arif Satay Kepong

    Alamat:  Jalan 2/17, off Jalan Kepong, Jinjang Utara, 52000 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Waktu operasi: Selasa hingga Khamis, 1 tengah hari hingga 11 malam
    Jumaat, 2 tengah hari hingga 11 malam, Sabtu dan Ahad, 1 tengah hari hingga 12 tengah malam.

    Masakan terkenal:  Satay Kajang

    Status halal: Mesra Muslim

    Harga: RM5-RM30

     

    Sebut saja makanan terkenal di Selangor, pasti ada yang teringat Satay Kajang! Sate Kajang terkenal dengan daging yang lembut dan kuah kacang yang cukup rasa boleh didapati di Arif Satay Kepong Corner. Cuba sekali, pasti nak lagi!

     

    Kuala Lumpur: Nasi Lemak

     

    Nasi lemak

     

    Nama: Nasi Lemak Daun Pisang Restaurant

    Alamat:  24A, Lorong Syed Putra Kiri, Bukit Seputeh, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Waktu operasi: Buka setiap hari, 12:30 tengah hari hingga 11 malam.

    Masakan terkenal: Nasi Lemak

    Status halal: Mesra Muslim

    Harga: RM10-RM30

     

    Siapa je yang tak suka nasi lemak kan? Kalau anda ingin mencuba nasi lemak dengan sambal pedas dan lauk yang pelbagai, anda boleh cuba nikmati Nasi Lemak Daun Pisang Restaurant! Nikmati nasi lemak yang cukup rasa lemak dengan sambal yang pedas-pedas manis, hanya di sini.

     

    Negeri Sembilan: Masak Lemak Cili Api

     

     

    Nama: Bangi Masak Lomak Cili Api

    Alamat:  N9 Food Court, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

    Waktu operasi: Buka setiap hari, 10 pagi hingga 10 malam.

    Masakan terkenal: Masak lemak cili api

    Status halal: Mesra Muslim

    Harga: Bermula dari RM8

     

    Kalau bercakap dengan orang Negeri Sembilan, pasti ramai yang rindukan masak lemak cili api yang autentik. Kini anda tak perlu lagi ke Negeri Sembilan untuk masak lemak yang autentik, di Bangi pun dah boleh dapat di Bangi Masak Lomak Cili Api.

     

    Melaka: Nyonya Laksa

     

     

    Nama: Limapulo: Baba Can Cook

    Alamat:  50, Jalan Doraisamy, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu, 11:30 pagi hingga 3 petang. Khamis hingga Sabtu, 11:30 pagi hingga 3 petang, 5 petang hingga 9 malam.

    Masakan terkenal: Nyonya laksa

    Status halal: Halal

    Harga: RM20 – RM40

     

    Kalau Laksa Kedah dikenali dengan rasanya yang pekat, pedas, dan masam, Nyonya Laksa Melaka pula terkenal dengan kuahnya yang kaya dengan rasa rempah. Jika anda inginkan Nyonya laksa tanpa perlu ke Melaka, anda boleh cuba Lima Pulo – Baba Can Cook. Nyonya laksa di sini  juga pernah dipuji oleh senarai makanan terkemuka dunia, The Michelin Guide.

     

    Johor: Laksa Johor

     

     

    Nama: Paktam Laksa Johor

    Alamat:  9169, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Wilayah Perseketuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Waktu operasi: Buka setiap hari, 8 pagi hingga 11:30 malam

    Masakan terkenal: Laksa Johor

    Status halal: Halal

    Harga: RM10 – RM25

     

    Laksa Johor terkenal dengan kuahnya yang diperbuat daripada ikan yang memberikan tekstur yang pekat, dan pilihan mi yang unik, iaitu menggunakan spaghetti. Jika anda teringin merasakan Laksa Johor seperti di kampung anda, anda boleh cuba Paktam Laksa Johor. Paktam Laksa Johor menyediakan Laksa Johor yang cukup rasa masam dan pedas, dan juga penuh rasa ikan segar.

     

    Sabah: Sabah Keratang KL Fish Noodles

     

    Sabah Keratang Fish Noodles

     

    Nama: Sabah Keratang KL Fish Noodles

    Alamat: Ground Floor, No. A-G-21, Block A, No. 8, Jalan PJU 1a/20a, Dataran Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

    Waktu operasi: Buka setiap hari, 10 pagi hingga 4 petang, 5 petang hingga 9 malam

    Masakan terkenal: Mee sup ikan

    Status halal: Halal

    Harga: RM20 – RM40

     

    Anda rindukan ikan segar dan mi sup ikan dari Sabah? Jangan risau, kerana sekarang anda boleh nikmati ikan segar Sabah di KL, hanya di Sabah Keratang KL Fish Noodles. Sabah Keratang KL Fish Noodles menawarkan ikan yang segar dan mi sup ikan yang penuh rasa berempah, dimakan pula dengan ikan goreng segar yang rangup di luar dan lembut di dalam.

     

    Sarawak: Sarawak Laksa

     

    Laksa Sarawak

     

    Nama: Kadey Kamek Sunway Putra

    Alamat: L1-30, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Waktu operasi: Buka setiap hari, 10 pagi hingga 10 malam

    Masakan terkenal: Laksa Sarawak

    Status halal: Halal

    Harga: Bermula dari RM20

     

    Walaupun ramai yang berpendapat bahawa makanan Sarawak yang autentik sukar didapati di Lembah Klang, namun Kadey Kamek Sunway Putra menawarkan pelbagai juadah tradisi Sarawak yang enak dan autentik. Dari Nasi Aruk ke Laksa Sarawak, Kadey Kamek pasti tak akan menghampakan anda. Rasakan kelazatan Laksa Sarawak yang unik mereka!

     

    Ubat rindu anda dengan Near Me

     

    Adakah anda tertanya tanya kenapa juadah tradisi dari negeri kampung halaman anda tidak tersenarai? Jangan risau, bahagian kedua akan menyusul tak lama lagi, dan akan menyenaraikan semua negeri yang tiada di sini.

     

    Sementara itu, jika anda ingin mencuba nasib mencari tempat makan yang lain selain didalam senarai ini, anda boleh cuba Near Me, ciri terbaru di TNG eWallet yang membolehkan  anda memilih tempat makan berdasarkan reviews orang ramai!

    Share blog

    Related Blog

    Related Product