Mar 19 2025

Beraya di Lembah Klang tahun ini?? Jangan risau, makan juadah tradisi kampung anda disini part 2!

by Haziq
1742366084-traditional-nasi-lemak-meal-composition.jpg
Table of Contents
    Add a header to begin generating the table of contents

    Sebelum ini, kita sudah pun meneliti juadah tradisi dari beberapa negeri yang terdapat di Lembah Klang. Kali ini sebagai sambungan pencarian juadah tradisi kampung halaman , kita  akan menyenaraikan semua negeri yang tidak termasuk dalam bahagian pertama sebelum ini.

     

    Jika sebelum ini kita telah menyenaraikan tempat makan juadah klasik bagi negerinegeri di zon tengah, zon selatan dan Sabah dan Sarawak, kali ini kita explore pula hidangan tradisi negeri dari zon utara dan Pantai Timur.  Bagi memudahkan pencarian anda, kami telah menyenaraikan beberapa tempat makan terbaik yang menawarkan hidangan ikonik dari seluruh Malaysia.

     

    Perlis: Ikan Bakar

     

     

    Nama: De Daun Corner 

    Alamat: 15, Jalan Murni 1/2, Taman Langat Murni, 42700 Banting, Selangor.  

    Waktu operasi: 10 pagi hingga 5 petang, tiap-tiap hari. 

    Masakan terkenal: Ikan bakar 

    Status halal: Mesra Muslim 

    Harga: RM10 – RM30 

     

    Ikan Bakar Perlis yang terkenal dengan rasa yang segar dan berperisa boleh dinikmati di De Daun Corner. Ikan yang dibakar sempurna dengan sambal pedas pasti mengubat rindu anda kepada kampung halaman.  

     

    Kedah: Laksa Kedah

     

     

    Nama: Ah Cheng Laksa 

    Alamat:  Pelbagai cawangan 

    Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam, tiap tiap hari 

    Masakan terkenal: Laksa Kedah 

    Status halal: Muslim Friendly  

    Harga: RM10 – RM20  

     

    Untuk orang Kedah yang rindukan rasa Laksa Kedah yang terkenal dengan kuahnya yang pekat, pedas dan masam, anda boleh terus ke Ah Cheng Laksa. Nikmati rasa Laksa Kedah yang pasti membuatkan anda terbayang-bayang suasana kampung di depan mata.  

     

    Pulau Pinang : Pasembor

     

     

    Nama: Pasembor Hussin USJ 21 

    Alamat:2, Jalan USJ 21/3, USJ 21, 47640 Subang Jaya, Selangor 

    Waktu operasi: Buka 24 jam  

    Masakan terkenal:  Pasembor 

    Status halal: Mesra Muslim  

    Harga: RM5 – RM20  

     

    Kalau sebut pasal Pulau Pinang, mesti terbayang-bayang di depan mata Pasembor Penang yang penuh dengan bahan-bahan segar seperti sotong, tauhu, dan lain-lain. Untuk rasa Pasembor autentik seperti yang anda boleh dapat di Medan Renong, cubalah Pasembor Husin!  

     

    Perak: Putu Perak

     

     

    Nama: Putu Perak Che Wa 

    Alamat:No 30, Jalan Hulu Langat, Kampung Sungai Serai, 43100 Hulu Langat, Selangor 

    Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu, 12 tengah hari hingga 6 petang 

    Masakan terkenal:Putu Perak  

    Status halal: Mesra Muslim 

    Harga: Bawah RM10 

     

    Putu Perak, kuih tradisi Perak yang lembut dan manis, boleh didapati di Putu Perak Che Wa. Walaupun kuih tradisi ini dikatakan hampir pupus, anda masih boleh mendapatkannya di Putu Perak Che Wa. Kuih tradisi ini pastinya boleh mengubat rindu anda terhadap tanah Perak yang tenang.  

     

    Pahang: Ikan Patin

     

     

    Nama: Ikan Patin Che Ta  

    Alamat:  No.107-G (Ground floor), Jalan Prima SG 3/2, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor  

    Waktu operasi: Sabtu – Khamis, 8 pagi hingga 9 malam. Isnin, 9 pagi hingga 5 petang.  

    Masakan terkenal:Patin tempoyak 

    Status halal: Mesra Muslim  

    Harga: RM20-RM40  

     

    Sebut saja Pahang, pasti semua terbayangkan rasa gulai tempoyak patin yang cukup rasa masam, pedas, dan segar. Jika anda teringin untuk merasakan masakan ikan patin tempoyak yang pekat, masam, dan serba serbi cukup rasa, tak perlu hingga ke Kuantan, di Ikan Patin Che Ta pun ada.

     

    Kelantan: Nasi Kerabu

     

     

    Nama: Terminal Ikan Kerabu 

    Alamat:Jln Dagang 1, Taman Dagang Jaya, 68000 Ampang Jaya, Selangor 

    Waktu operasi: Hari biasa, 7:30 pagi hingga 11:30 pagi. Jumaat, 7 pagi hingga 11:30 pagi. Sabtu, 7:30 pagi hingga 11 pagi.   

    Masakan terkenal:Nasi kerabu 

    Status halal: Mesra Muslim  

    Harga: RM5-RM20  

     

    Nasi kerabu Kelantan merupakan salah satu masakan paling popular di Malaysia. Dengan nasinya yang berwarna biru unik digabungkan pula dengan sambal yang cukup rasa pedas dan manis, pilihan lauk sama ada daging bakar atau ayam bakar, nasi kerabu ini boleh dinikmati di Terminal Nasi Kerabu. 

     

    Terengganu: Keropok Lekor

     

     

    Nama: Canai Cafe 

    Alamat:2, Jalan SS 15/4, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor 

    Waktu operasi: Buka setiap hari, 24 jam.   

    Masakan terkenal:Keropok Lekor 

    Status halal: Mesra Muslim  

    Harga: Bermula dari RM1

     

    Kalau sebut sahaja Terengganu, mestilah semua terbayang Kepok Lekor! Kalau anda ingin menikmati keropok lekor yang sama sedap dengan Terengganu, anda boleh cuba di Canai Cafe. Nikmati keropok lekor goreng biasa, atau cuba hidangan yang lebih unik seperti keropok lekor dengan kuah cheese.

     

    Nikmati makanan tradisi raya dengan bantuan TNG eWallet!

     

    Dengan adanya senarai restoran dan hidangan tradisi dari seluruh Malaysia ini, anda tidak perlu lagi merindui makanan kampung, walaupun beraya di Lembah Klang. Apa yang lebih menarik, anda boleh gunakan ciri terbaru TNG eWallet, Near Me untuk mencari restoran lain juga. Cuma buka aplikasi TNG eWallet, klik pada feature “Near Me,” dan taipkan nama restoran atau jenis makanan yang anda cari.  

     

    Jadi, jom jelajah Lembah Klang dan puaskan selera anda dengan hidangan tradisi dari 13 negeri. Selamat Hari Raya dan selamat menjamu selera! Jangan lupa gunakan TNG eWallet untuk pembayaran yang lebih pantas dan mudah.

    Share blog

    Related Blog

    Related Product