Pas perjalanan seperti Rapid KL My50 anda kini lebih mudah untuk dibeli, diperbaharui & diurus – semuanya secara digital melalui TNG eWallet.
Anda tidak perlu lagi beratur di stesen. Hanya beli dan aktifkan bila-bila masa, di mana sahaja!
Perjalanan dengan kereta api dan bas menggunakan pas perjalanan anda, hanya dengan kad Touch 'n Go anda.
Pas perjalanan digital berharga RM50 yang membolehkan anda melancong TANPA HAD selama 30 hari dengan Kad Touch 'n Go anda.
Layak untuk rakyat Malaysia yang mempunyai MyKad atau MyTentera.
Sah untuk semua perkhidmatan Rapid KL: LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL & bas perantara MRT di Lembah Klang.