Buat pemindahan wang tempatan dan antarabangsa dengan TNG eWallet

Sama ada anda menghantar wang ke akaun TNG eWallet yang lain, memindahkan ke akaun bank, membuat pemindahan antarabangsa dari Malaysia atau memberi hadiah untuk majlis istimewa, TNG eWallet membolehkan anda melakukannya dengan cepat dan selamat di satu tempat.​

Hanya tambah wang ke baki TNG eWallet anda dan hantar kepada rakan dan keluarga bila-bila masa anda perlu, di mana sahaja mereka berada.

Lebih banyak cara untuk menghantar dan memindahkan melalui TNG eWallet​

Paket wang

Paket Wang

Hantar wang kepada berbilang penerima sekaligus dengan pengagihan Rawak atau Sama Rata, sesuai untuk dikongsi dengan kumpulan dengan cara yang menyeronokkan dan fleksibel.
Ketahui lebih lanjut
Kiriman Wang

Kiriman Wang

Pindahkan wang ke luar negara dengan selamat dengan satu yuran tetap ke lebih 50 buah negara, terus ke akaun bank, pusat pengambilan tunai atau dompet digital.
Ketahui lebih lanjut
Hadiah

Hadiah

Ceriakan hari seseorang dengan kredit eWallet atau baucar pulangan tunai daripada jenama popular, lengkap dengan mesej peribadi untuk sebarang majlis.
Lihatlah