Tentang Kami
TNG Digital Remittance Sdn Bhd (TNGDR) ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dengan nombor pendaftaran syarikat 773705-K (200701015698). TNGDR ialah anak syarikat milik penuh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD), penyedia e-Dompet terbesar di Malaysia dengan lebih 17 juta pengguna dan lebih 1 juta titik penerimaan pedagang termasuk DuitNow QR. TNGDR menyediakan platform pengiriman wang dan pembayaran rentas sempadan digital yang lancar, andal dan selamat untuk pemindahan wang individu.
Dikawal selia di bawah undang-undang Malaysia sebagai penyedia perkhidmatan pengiriman wang digital, ia memastikan pengendalian perniagaannya selaras dengan obligasi perundangan, keperluan kawal selia dan jangkaan.
Anda boleh mengesahkan kami di sini untuk perniagaan pengiriman wang digital kami.
Perkhidmatan Kami
Kiriman Wang Masuk
Terima wang daripada keluarga dan rakan-rakan anda dari luar negara. Anda akan menerima wang serta-merta dengan rangkaian pembayaran tempatan kami yang luas.
Kiriman Wang Keluar
Hantar wang kepada keluarga dan rakan-rakan anda di mana sahaja mereka berada di seluruh dunia. Nikmati kemudahan perkhidmatan, kadar pertukaran mata wang kami yang kompetitif dan yuran perkhidmatan yang menarik. Tertakluk pada Terma dan Syarat.
Klik di sini untuk butiran lanjut
Hubungi Kami
TNG Digital Remittance Sdn Bhd
No. Syarikat 200701015698 (773705-K)
No. Siri Lesen: 00556
Kelas Lesen: Kelas B
Jenis Perniagaan: Perniagaan Perkhidmatan Wang
Butiran Perhubungan: Pejabat Korporat Aras 2, Menara 6 Avenue 5, Bangsar South, No 8 Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telefon:
(Pejabat: Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 6.00 petang)
(Khidmat Pelanggan: Isnin - Ahad, 7.00 pagi – 10.00 malam)
Emel:
biz.remittance@tngdigital.com.my
(Untuk Pertanyaan Perniagaan)
(Untuk Khidmat Pelanggan)
Laman web:
https://www.tngdigital.com.my/tngdr/
(Halaman Syarikat)
https://www.tngdigital.com.my/gofinance/remittance/
(Halaman Kiriman Wang)
Untuk pengesahan lanjut, sila layari www.bnm.gov.my dan/atau hubungi bnmtelelink@bnm.gov.my