NGOYayasan St John Ambulans Malaysia-Wilayah Pantai Selangor
100, PERSIARAN RAJA MUDA MUSA, TAMAN SRI PESONA, 41100 KLANG
Yayasan St.John Ambulans Malaysia-Kawasan Pantai Selangor (Yayasan SJAM-KPS) merupakan sebuah yayasan amal yang 100% dibiayai oleh dana awam yang memberikan khidmat kepada masyarakat melalui dua perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Ambulans Kecemasan 24 Jam dan Perkhidmatan Hemodialisis. Kami merupakan yang pertama di negara ini yang menyediakan perkhidmatan hemodialisis kepada orang ramai sejak tahun 1993. Sokongan berterusan daripada orang ramai serta pihak korporat sentiasa dialu-alukan untuk membantu Yayasan SJAM-KPS dalam melaksanakan misi untuk kebaikan masyarakat. Kini, kami mengendalikan 13 pusat hemodialisis yang terletak di Selangor, Perak, Melaka dan Sarawak dengan lebih daripada 200 buah mesin hemodialisis dan tumpuan kami adalah untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit hemodialisis yang berpendapatan rendah dan sederhana. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 650 pesakit hemodialisis berada di bawah jagaan kami.
Menderma Sekarang 
