Dengan anda, di mana sahaja anda memilih untuk meletak kenderaan di jalan raya

Pilih Touch ‘n Go eWallet apabila anda sedang meletak kenderaan di jalan raya di seluruh negara. Uruskan tempat letak kenderaan anda dalam satu aplikasi sahaja dan tidak perlu bimbang tentang urusan tunai.

tempat-letak-kereta-di-jalan-raya

Cara yang lebih mudah untuk membayar tempat letak kereta di jalan raya

value-parking.svg
Nikmati pengalaman tanpa tunai kerana urusan mengendalikan duit syiling kini sudah menjadi sejarah.
value-parking-time.svg
Jangan risau untuk mencari kiosk bayaran automatik dan hanya bayar untuk tempat letak kereta melalui telefon anda.
value-pay-parking.svg
Dengan mudah boleh memperpanjang tempoh letak kereta anda dengan satu ketukan jari

Berikut ialah cara menggunakan Touch ‘n Go eWallet untuk pembayaran tempat letak kereta di jalan raya.

activity-parking.png
1. Ketik ikon "Parking" dalam laman utama Touch 'n Go eWallet.
activity-parking-location.png
2. Pilih lokasi tempat letak kereta anda.
activity-vehicle-number.png
3. Tambahkan nombor pendaftaran kenderaan anda.
activity-time-parking.png
4. Tetapkan tempoh masa letak kereta dan ketik 'Bayar Untuk Letak Kereta Sekarang'.
activity-enter-otp.png
5. Terima Pengesahan Automatik Debit dan masukkan OTP anda (Hanya untuk pengguna kali pertama).
activity-receive-payment-confirmation.png
6. Terima pengesahan bayaran anda.

Ciri ini sah untuk tempat letak kereta di jalan raya di bawah bidang kuasa:

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Majlis bandaraya shah alam
Majlis Bandaraya Shah Alam
Majlis bandaraya petaling jaya
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Majlis bandaraya seremban
Majlis Bandaraya Seremban
Majlis bandaraya subang jaya
Majlis Bandaraya Subang Jaya
Perbadanan Putrajaya
Perbadanan Putrajaya
Majlis perbandaran kota bharu
Majlis Perbandaran Kota Bharu
Majlis bandaraya Kuala Terengganu
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
Majlis daerah Machang
Majlis Daerah Machang
Majlis perbandaran sepang
Majlis Perbandaran Sepang
Majlis Perbandaran Kajang
Majlis Perbandaran Kajang
Majlis Perbandaran Kuala Selangor
Majlis Perbandaran Kuala Selangor
Majlis Perbandaran Selayang
Majlis Perbandaran Selayang
Majlis perbandaran Teluk Intan
Majlis Perbandaran Teluk Intan
Majlis Perbandaran Kuala Langat
Majlis Perbandaran Kuala Langat

Skan QR untuk memarkir sekarang

Skan untuk Muat Turun TNG eWallet

Ada soalan?

Apakah perkhidmatan ‘Parking’ terbaru ini?

Dengan ciri parkir, anda akan boleh 'Park', 'Book' dan 'Pay' untuk 'Parking' di lokasi-lokasi yang terpilih.

Di mana boleh saya menggunakan perkhidmatan ‘Parking’?

Anda boleh meletak kereta di semua tempat letak kereta di bawah bidang kuasa:

 

No.  Majlis Tempatan Negeri
1 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB) Kelantan 
2 Majlis Daerah Machang (MDM) Kelantan 
3 Majlis Perbandaran Kota Bharu : Pasir Tumboh Kelantan 
4 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Kuala Lumpur
5 Perbadanan Putrajaya (PPJ) Kuala Lumpur
6 Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Terengganu
7 Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Negeri Sembilan
8 Majlis Bandaraya Seremban : Nilai Negeri Sembilan
9 Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) Pahang
10 Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Perak
11 Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Selangor
12 Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Selangor
13 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Selangor
14 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Selangor
15 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Selangor
16 Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Selangor
17 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Selangor
18 Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Selangor
19 Majlis Perbandaran Klang (MPK) Selangor
20 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Selangor

 

Anda hanya perlu klik pada ikon 'Parking' di skrin utama dan lihat pautan 'Nearby' untuk semua tempat letak kereta yang ada.

Apakah peraturan khusus pihak majlis yang harus saya ketahui?

Semua pihak majlis mempunyai peraturan yang berbeza seperti berikut:

 Majlis

Jenis Tempahan

Hari Beroperasi /Bukan Hari Beroperasi

Waktu Beroperasi

Cara caj dikenakan

Waktu operasi dikenakan caj

Had Tempahan

Had masa tamat

Caj dikenakan

Huraian

Tempahan dilakukan sama ada di peringkat majlis atau di lokasi tertentu yang anda pilih

Parkir dikenakan pada hari beroperasi dan percuma pada bukan hari beroperasi

Waktu pada hari parkir dikenakan bayaran

Bayaran parkir adalah berdasarkan Lokasi, Zon atau Majlis

Tempahan parkir dikenakan setiap 30 minit, 60 minit atau sehari penuh

Zon, lokasi, majlis tertentu mempunyai tempoh maksimum untuk membuat tempahan bagi menangani permintaan parkir

Zon, lokasi, majlis tertentu mempunyai had waktu tamat antara tempahan bagi menangani permintaan

Kadar bayaran parkir dikenakan

DBKL

Lokasi Khusus

Hari Operasi - Isnin hingga Sabtu

Hari Bukan Operasi - Ahad, Cuti Umum

07:30 AM to 06:00 PM

3 Zon dengan kadar yang berbeza per jam

60 minit

Ya - Zon khusus 2 jam

Zon ke-3 mempunyai had waktu 2 jam antara tempahan

Zon Pertama - RM 0.80 sejam

Zon ke-2 - RM 1.00 sejam

Zon ke-3 - RM 1.50 sejam dan RM2.50 untuk jam ke-2

Kota Bharu

Majlis Penuh

Hari Operasi - Sabtu hingga Khamis

Hari Bukan Operasi - Jumaat, Cuti Umum

8:00 AM to 6:00 PM

Bayaran tetap untuk majlis penuh

30 minit

Tidak

Tidak

RM 0.40 untuk 30 minit

MPSJ

Lokasi Khusus

Hari Operasi - Isnin hingga Jumaat

Hari Bukan Operasi - Sabtu, Ahad, Cuti Umum

8:00 AM to 6:30 PM

Bayaran tetap untuk majlis penuh

60 minit

Semua Lokasi - 8 jam

USJ 10 - 1 jam

60 Minit hanya untuk USJ 10

RM 0.50 untuk 60 minit

PPJ

Lokasi Khusus

Hari Operasi - Isnin hingga Jumaat

Hari Bukan Operasi - Sabtu, Ahad, Cuti Umum

* LUAR beroperasi sepanjang hari

8:00 AM hingga 6:00 PM. *LUAR adalah hari penuh

2 Zon dengan kadar setiap jam yang berbeza

60 Minit. *LUAR adalah hari penuh

Tidak

Tidak

RM 0.50 untuk 60 minit

RM 2.12 untuk LUAR hari penuh/7 hari

MDKL

Lokasi Khusus

Hari Operasi – Isnin hingga Jumaat
Bukan Hari Operasi - Sabtu, Ahad, Cuti Umum

8:00 AM to 5:00 PM

Bayaran tetap untuk majlis penuh

60 minit

5 jam

Tidak

RM 0.40 untuk 60 minit

Mengapa saya tidak dapat melihat kawasan dan tempat tertentu?

Anda boleh meletak kereta di semua tempat letak kereta di bawah bidang kuasa:

  1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  2. Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKBBRI)
  3. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
  4. Perbadanan Putrajaya (PPJ)
  5. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)
  6. Majlis Daerah Machang (MDM)
  7. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)
  8. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
  9. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Anda hanya perlu klik pada ikon 'Parking' di skrin utama dan lihat pautan 'Nearby' untuk semua tempat letak kereta yang ada.

Bagaimanakah cara untuk saya menempah tempat letak kereta?

Anda boleh menggunakan perkhidmatan 'Parking' dengan 3 langkah mudah:

‘Park’: Cari tempat letak kereta yang terbuka dan letakkan kenderaan anda

‘Book’: Pilih tempat letak kereta dalam aplikasi, tempoh yang anda kehendaki, dan nombor kenderaan anda.

‘Pay’: Bayar untuk tempat letak kereta mengikut tempoh yang dikehendaki dengan menggunakan baki eWallet anda. Apabila tempahan berjaya, anda akan dapat pengesahan dan resit pembayaran dalam aplikasi eWallet.

 

Kenapa saya perlu memberikan nombor kenderaan saya?

Nombor kenderaan anda digunakan untuk mengesahkan tempahan anda. Ini membolehkan pihak berkuasa tempatan menyemak tempahan anda dari segi tempat letak kereta dan tempoh tempahan untuk kesahihan.

Bolehkah saya menyimpan maklumat kenderaan?

Ya. Anda boleh menambah maklumat kenderaan anda semasa tempahan pertama dan menyimpannya. Anda tidak perlu memasukkan nombor kenderaan anda setiap kali.

Masih ada soalan?

Lihat soalan lazim kami untuk mendapatkan jawapan yang cepat.

Lihat soalan lazim kami