TNGD Business Account RM35 Reward Campaign Terms and Conditions
Terms & Conditions
20260919 TNGD Business Account RM35 Reward Campaign Terms and Conditions
1. The TNGD Business Account RM35 Reward Campaign (“Campaign”) is organized by TNG Digital Sdn Bhd (“TNGD”).
2. The Campaign is scheduled to run from 19 September 2026 to 18 October 2026, both dates inclusive (“Campaign Period”).
3. This Campaign is only open to existing TNG eWallet merchants that, before the commencement of the Campaign Period on 19 September 2026, are on either the T+1 bank settlement method, T+0 bank settlement method or TNG eWallet settlement method, as determined by TNGD based on its records (each an “Eligible Merchant”).
4. This Campaign allows Eligible Merchants who become new Business Account holders during the Campaign Period (“New Business Account Holders”) to receive a Ringgit Malaysia Thirty-Five (RM35.00) sign-up reward (“Sign-Up Reward”) upon successfully registering a Business Account and fulfilling the Campaign Requirements as stipulated below.
CampaignRequirements
5. Participation in this Campaign is open to New Business Account Holders that meet the following requirements (“Campaign Requirements”):
(a) Be an Eligible Merchant;
(b) Successfully register a new Business Account during the Campaign Period; and
(c) Maintain the Business Account throughout the Campaign Period in an active status and continue to have settlement proceeds credited to the Business Account throughout the Campaign Period, without voluntarily terminating, deactivating or otherwise disabling the Business Account.
6. The New Business Account Holders that have fulfilled the Campaign Requirements above are hereinafter referred to as “Eligible New Business Account Holders”.
Sign-upReward
7. Upon fulfilment of the Campaign Requirements, the Eligible New Business Account Holders will receive a Sign-Up Reward which will be credited to their Business Account within twenty-one (21) business days after the end of the Campaign Period.
8. The Sign-Up Reward is non-transferable, and non-exchangeable for cash or any other form of compensation.
9. The Sign-Up Reward is a one-time promotional reward offered by TNGD and shall not be construed as interest, profit, dividend, or any form of return on funds maintained in the Business Account.
General
10. Each Business Account Holder is only entitled to one (1) Sign-Up Reward for the purposes of this Campaign.
11. This Campaign shall not be valid with other ongoing promotions, discounts, or vouchers.
12. This Campaign is only open to Eligible Merchants that are new Business Account holders. Existing Business Account holders, merchants that are not Eligible Merchants, or merchants who have reactivated a previously closed or suspended Business Account are not eligible to participate in this Campaign.
13. This Campaign is not open to the employees of TNGD and/or its affiliates.
14. TNGD reserves the right, at its sole discretion, to disqualify any Merchant from participating in this Campaign or to withhold, suspend, reverse, and/or claw back any rewards under this Campaign, including by debiting the corresponding amount from the Merchant’s Business Account, if TNGD determines that the Merchant has:
(a) created or registered multiple Business Accounts under the same or related business entities, or owners for the purpose of obtaining multiple rewards;
(b) provided false, inaccurate, or misleading information during registration;
(c) breaches these terms and conditions or otherwise ineligible to participate in this Campaign; or
(d) otherwise engaged in any fraudulent, abusive, or suspicious activity in connection with this Campaign.
15. For the avoidance of doubt, TNGD reserves the right to verify the eligibility of any participant, request additional supporting documents before crediting any reward, and reject any participant who fails to meet the eligibility criteria or provide the requested documents.
16. All funds maintained in the Business Account shall at all times remain the property of the New Business Account Holder and utilisation of such funds shall be subject to the Business Account Terms and Conditions available at https://www.tngdigital.com.my/assets/images/business-account-tnc.pdf
17. TNGD reserves the right to terminate, withdraw, or extend the Campaign prior to the expiration of the Campaign Period at any time by providing at least five (5) days prior notice on the TNG eWallet website at https://www.tngdigital.com.my/ and/or TNG eWallet application.
18. This Terms and Conditions shall be further subject to the General Campaign Terms and Conditions which can be found at https://www.tngdigital.com.my/tnc/general-campaign-terms-and-conditions/
19. Please visit https://www.tngdigital.com.my/ for more information or inquiries.
Terma dan Syarat Kempen Ganjaran RM35 Business Account TNGD
1. Kempen Ganjaran RM35 Business Account TNGD (“Kempen”) dianjurkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (“TNGD”).
2. Kempen ini dijadualkan berlangsung dari 19 September 2026 hingga 18 Oktober 2026, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”).
3. Kempen ini hanya terbuka kepada Peniaga TNG eWallet sedia ada yang, sebelum bermulanya Tempoh Kempen pada 19 September 2026, menggunakan sama ada kaedah penyelesaian bank T+1, kaedah penyelesaian bank T+0 atau kaedah penyelesaian TNG eWallet, sebagaimana yang ditentukan oleh TNGD berdasarkan rekodnya (setiap satu “Peniaga Yang Layak”).
4. Kempen ini membolehkan Peniaga Yang Layak yang menjadi pemegang Business Account baharu dalam Tempoh Kempen (“Pemegang Business Account Baharu”) menerima ganjaran pendaftaran Ringgit Malaysia Tiga Puluh Lima (RM35.00) (“Ganjaran Pendaftaran”) setelah berjaya mendaftar untuk Business Account dan memenuhi Keperluan Kempen seperti yang dinyatakan di bawah.
Keperluan Kempen
5. Penyertaan dalam Kempen ini terbuka kepada Pemegang Business Account Baharu yang memenuhi keperluan berikut (“Keperluan Kempen”):
(a) Merupakan Peniaga Yang Layak;
(b) Berjaya mendaftar untuk Business Account baharu dalam Tempoh Kempen; dan
(c) Mengekalkan Business Account dalam keadaan aktif sepanjang Tempoh Kempen dan memastikan hasil daripada penyelesaian pembayaran terus dikreditkan ke dalam Business Account sepanjang Tempoh Kempen, tanpa menamatkan, menyahaktifkan atau sebaliknya menyebabkan Business Account menjadi tidak aktif atas kehendak sendiri.
6. Pemegang Business Account Baharu yang telah memenuhi Keperluan Kempen di atas selepas ini dirujuk sebagai “Pemegang Business Account Baharu Yang Layak”.
Ganjaran Pendaftaran
7. Setelah memenuhi Keperluan Kempen, Pemegang Business Account Baharu Yang Layak akan menerima Ganjaran Pendaftaran yang akan dikreditkan ke Business Account mereka dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja selepas berakhirnya Tempoh Kempen.
8. Ganjaran Pendaftaran tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai atau apa-apa bentuk pampasan lain.
9. Ganjaran Pendaftaran ialah ganjaran promosi sekali sahaja yang ditawarkan oleh TNGD dan tidak boleh ditafsirkan sebagai faedah, keuntungan, dividen atau apa-apa bentuk pulangan atas dana yang disimpan dalam Business Account.
Am
10. Setiap Pemegang Business Account hanya layak untuk satu (1) Ganjaran Pendaftaran bagi tujuan Kempen ini.
11. Kempen ini tidak sah untuk digabungkan dengan promosi, diskaun atau baucar lain yang sedang berlangsung.
12. Kempen ini hanya terbuka kepada Peniaga Yang Layak yang merupakan pemegang Business Account baharu. Pemegang Business Account sedia ada, peniaga yang bukan Peniaga Yang Layak atau peniaga yang telah mengaktifkan semula Business Account yang sebelum ini ditutup atau digantung tidak layak menyertai Kempen ini.
13. Kempen ini tidak terbuka kepada pekerja TNGD dan/atau syarikat sekutunya.
14. TNGD berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peniaga daripada menyertai Kempen ini atau untuk menahan, menggantung, membalikkan dan/atau mendapatkan semula mana-mana ganjaran di bawah Kempen ini, termasuk dengan mendebitkan amaun yang bersamaan daripada Business Account Peniaga, jika TNGD menentukan bahawa Peniaga tersebut telah:
(a) mewujudkan atau mendaftarkan beberapa Business Account di bawah entiti perniagaan atau pemilik yang sama atau berkaitan bagi tujuan mendapatkan pelbagai ganjaran;
(b) memberikan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan semasa pendaftaran;
(c) melanggar Terma dan Syarat ini atau sebaliknya tidak layak menyertai Kempen ini; atau
(d) sebaliknya terlibat dalam apa-apa aktiviti penipuan, penyalahgunaan atau mencurigakan berkaitan dengan Kempen ini.
15. Bagi mengelakkan keraguan, TNGD berhak untuk mengesahkan kelayakan mana-mana peserta, meminta dokumen sokongan tambahan sebelum mengkreditkan mana-mana ganjaran, dan menolak mana-mana peserta yang gagal memenuhi kriteria kelayakan atau memberikan dokumen yang diminta.
16. Semua dana yang disimpan dalam Business Account hendaklah pada setiap masa kekal menjadi hak milik Pemegang Business Account Baharu dan penggunaan dana tersebut tertakluk kepada Terma dan Syarat Business Account yang boleh didapati di https://www.tngdigital.com.my/assets/images/business-account-tnc.pdf
17. TNGD berhak untuk menamatkan, menarik balik atau melanjutkan Kempen sebelum tamatnya Tempoh Kempen pada bila-bila masa dengan memberikan notis awal sekurang-kurangnya lima (5) hari di laman sesawang TNG eWallet di https://www.tngdigital.com.my/dan/atau aplikasi TNG eWallet.
18. Terma dan Syarat ini hendaklah tertakluk selanjutnya kepada Terma dan Syarat Kempen Am yang boleh didapati di https://www.tngdigital.com.my/tnc/general-campaign-terms-and-conditions/.
19. Sila layari https://www.tngdigital.com.my/untuk maklumat lanjut atau pertanyaan.