TNG eWallet Visa Travel Card “Refer & Earn” Campaign
Terms & Conditions
TNG eWallet Visa Travel Card “Refer & Earn” Campaign
Terms and Conditions
1. The TNG eWallet Visa Travel Card “Refer & Earn” Campaign (“Campaign”) is organized by TNG Digital Sdn Bhd (201701042478) (“TNGD”) and is governed by the following terms and conditions.
2. This Campaign is scheduled to run from 15 July 2026 to 31 December 2026, both dates inclusive (“Campaign Period”).
Campaign Eligibility
3. This Campaign allows an existing TNG eWallet Visa Travel Card holder (“Referrer”) to refer other TNG eWallet users (“Referee(s)”) to apply for and purchase a TNG eWallet Visa Travel Card (“Card”). Both the Referrer and the Referee may be eligible for rewards under this Campaign, subject to fulfilment of the mechanics and requirements set out below.
3.1 Referrer Eligibility:
a. Must be a registered TNG eWallet user with a valid registered mobile number;
b. Must hold a valid and existing TNG eWallet Visa Travel Card at the time the Referral Code is generated and shared. Users who do not yet hold a Card are not eligible to act as a Referrer and may instead participate in the Campaign as a Referee; and
c. Must generate and share their unique referral code or link (“Referral Code”) via the TNG eWallet app to invite a Referee during the Campaign Period.
3.2 Referee Eligibility:
a. Must be a registered TNG eWallet user who does not currently hold a TNG eWallet Visa Travel Card.
b. Must apply for and successfully purchase a TNG eWallet Visa Travel Card using a valid Referral Code shared by a Referrer, within the Campaign Period.
c. Each Referee may only be linked to one (1) Referral Code. If a Referee receives more than one Referral Code, only the code linked to their account at the time of successful payment will count (see Clause 6).
Campaign Mechanics
4. There is no limit on the number of referrals a Referrer may take during the Campaign Period, provided each referral is linked to a unique, successfully converted Referee.
a. An eligible Referrer will receive RM8 (“Referrer Reward”) for each Referee who successfully purchases a Card using the Referrer’s Referral Code.
b. An eligible Referee will receive a one-time instant cashback of RM5 (“Referee Reward”) upon successfully applying for and purchasing a Card via a valid Referral Code.
c. Each Referee is entitled to the Referee Reward once only, regardless of the number of Referral Codes received.
Determination of the Linked Referral Relationship
5. If a Referee has received more than one Referral Code, only the code that is active and linked to their account at the time they complete payment for the Card will be used to determine the Referrer Reward. Any other Referral Code received earlier or later will not qualify.
6. TNG eWallet’s transaction and system record at the point of successful payment completion shall be final, conclusive, and binding for the purposes of determining the eligible Referrer.
Reward Crediting
7. Subject to verification, eligible Referrer Rewards and Referee Rewards will be credited directly and instantly into the respective TNG eWallet account upon successful completion of the qualifying Card purchase.
8. TNG eWallet will notify participants of successful reward crediting via in-app notification, push notification, and/or other means as TNG eWallet may determine.
9. Any reward not credited due to ineligibility, suspected fraud, incomplete verification, or any breach of these Terms and Conditions may be withheld, reversed, or clawed back at TNG eWallet’s discretion, including where the reward has already been credited.
Prohibited Conduct
10. Participants must not engage in any of the following, including but not limited to:
a. Self-referral, i.e. referring oneself using a different account, device, email or identity;
b. Creating multiple or fake TNG eWallet accounts to generate artificial referrals or Card applications;
c. Using bots, scripts, automated tools, or any technical exploit to generate referrals, applications, or rewards;
d. Colluding with other participants to circumvent the intent of the Campaign or these Terms and Conditions;
e. Any other act of fraud, abuse, or manipulation in relation to the Campaign
11. TNG eWallet reserves the right, at its sole discretion, to disqualify any participant, void any referral or reward, suspend or terminate any TNG eWallet account, and/or pursue any other remedy available under law, in respect of any conduct described in Clause 10.
General Terms
12. TNGD reserves the right to terminate, withdraw, or extend the Campaign prior to the expiration of the Campaign Period at any time by providing at least five (5) days prior notice on the TNG eWallet website at www.touchngo.com.my/ and/or TNG eWallet application.
13. TNGD shall be entitled to withhold any benefit(s) under the campaign, if a user is found to have been in breach of any TNG Digital’s Users Terms and Conditions
(https://www.touchngo.com.my/assets/pdf/user-tnc.pdf)
14. This Terms and Conditions shall be further subject to the General Campaign Terms and Conditions which can be found at https://www.touchngo.com.my/terms-conditions/general-campaign-terms-and-conditions/
15. Please visit https://www.touchngo.com.my/ewallet/ for more information or inquiries.
Kempen “Rujuk & Menang” Kad Visa Travel TNG eWallet
Terma dan Syarat
1. Kempen “Rujuk & Menang” Kad Visa Travel TNG eWallet (“Kempen”) dianjurkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (201701042478) (“TNGD”) dan tertakluk kepada terma dan syarat berikut.
2. Kempen ini akan berlangsung dari 15 Julai 2026 hingga 31 Disember 2026, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”).
Kelayakan Kempen
3. Kempen ini membolehkan pemegang sedia ada Kad TNG eWallet Visa Travel (“Perujuk”) merujuk pengguna TNG eWallet lain (“Pihak Dirujuk”) untuk memohon dan membeli Kad TNG eWallet Visa Travel (“Kad”). Kedua-dua Perujuk dan Pihak Dirujuk mungkin layak menerima ganjaran di bawah Kempen ini, tertakluk kepada pematuhan mekanisme dan keperluan yang dinyatakan di bawah.
3.1 Kelayakan Perujuk:
a. Mestilah pengguna TNG eWallet berdaftar dengan nombor mudah alih berdaftar yang sah;
b. Mestilah memiliki Kad TNG eWallet Visa Travel yang sah dan sedia ada pada masa rujukan dibuat. Pengguna yang belum memiliki Kad tidak layak bertindak sebagai Perujuk dan sebaliknya boleh menyertai Kempen ini sebagai Pihak Dirujuk; dan
c. Mestilah menjana dan berkongsi kod atau pautan rujukan unik mereka (“Kod Rujukan”) melalui aplikasi TNG eWallet untuk menjemput Pihak Dirujuk sepanjang Tempoh Kempen.
3.2 Kelayakan Pihak Dirujuk:
a. Mestilah pengguna TNG eWallet berdaftar yang tidak memiliki Kad TNG eWallet Visa Travel pada masa ini.
b. Mestilah memohon dan berjaya membeli Kad TNG eWallet Visa Travel menggunakan Kod Rujukan yang sah yang dikongsi oleh Perujuk, dalam Tempoh Kempen.
c. Setiap Pihak Dirujuk hanya boleh dikaitkan dengan satu (1) Kod Rujukan. Jika Pihak Dirujuk menerima lebih daripada satu Kod Rujukan, hanya kod yang dikaitkan dengan akaun mereka pada masa pembayaran berjaya akan dikira (rujuk Klausa 6).
Mekanisme Kempen
4. Tiada had jumlah rujukan yang boleh dibuat oleh seorang Perujuk sepanjang Tempoh Kempen, dengan syarat setiap rujukan dikaitkan dengan Pihak Dirujuk yang unik dan berjaya ditukarkan.
a. Perujuk yang layak akan menerima RM8 (“Ganjaran Perujuk”) bagi setiap Pihak Dirujuk yang berjaya membeli Kad menggunakan Kod Rujukan Perujuk tersebut.
b. Pihak Dirujuk yang layak akan menerima wang tunai balik (cashback) segera sekali sahaja sebanyak RM5 (“Ganjaran Pihak Dirujuk”) setelah berjaya memohon dan membeli Kad melalui Kod Rujukan yang sah.
c. Setiap Pihak Dirujuk hanya layak menerima Ganjaran Pihak Dirujuk sekali sahaja, tanpa mengira bilangan Kod Rujukan yang diterima.
Penentuan Hubungan Rujukan Yang Dikaitkan
5. Sekiranya Pihak Dirujuk menerima lebih daripada satu Kod Rujukan, hanya kod yang aktif dan dikaitkan dengan akaun mereka pada masa mereka melengkapkan pembayaran untuk Kad akan digunakan untuk menentukan Ganjaran Perujuk. Sebarang Kod Rujukan lain yang diterima lebih awal atau lewat tidak akan layak.
6. Rekod transaksi dan sistem TNG eWallet pada ketika pembayaran berjaya dilengkapkan adalah muktamad, konklusif dan mengikat bagi tujuan menentukan Perujuk yang layak.
Kredit Ganjaran
7. Tertakluk kepada pengesahan, Ganjaran Perujuk dan Ganjaran Pihak Dirujuk yang layak akan dikreditkan secara terus dan segera ke dalam akaun TNG eWallet masing-masing sebaik sahaja pembelian Kad yang layak berjaya dilengkapkan.
8. TNG eWallet akan memaklumkan peserta mengenai kejayaan kredit ganjaran melalui pemberitahuan dalam aplikasi, pemberitahuan tolak (push notification), dan/atau kaedah lain yang ditentukan oleh TNG eWallet.
9. Sebarang ganjaran yang tidak dikreditkan disebabkan ketidaklayakan, disyaki penipuan, pengesahan yang tidak lengkap, atau sebarang pelanggaran Terma dan Syarat ini boleh ditahan, dibatalkan, atau ditarik balik atas budi bicara TNG eWallet, termasuk sekiranya ganjaran tersebut telah pun dikreditkan.
Tingkah Laku Yang Dilarang
10. Peserta tidak boleh terlibat dalam mana-mana perkara berikut, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
a. Rujukan kendiri, iaitu merujuk diri sendiri menggunakan akaun, peranti, e-mel atau identiti yang berbeza;
b. Mencipta akaun TNG eWallet berganda atau palsu untuk menjana rujukan atau permohonan Kad secara tiruan;
c. Menggunakan bot, skrip, alat automatik, atau sebarang eksploitasi teknikal untuk menjana rujukan, permohonan, atau ganjaran;
d. Bersuhabat dengan peserta lain untuk mengelakkan niat Kempen ini atau Terma dan Syarat ini;
e. Sebarang tindakan penipuan, penyalahgunaan, atau manipulasi lain berhubung dengan Kempen ini.
11. TNG eWallet berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk mendiskualifikasikan mana-mana peserta, membatalkan sebarang rujukan atau ganjaran, menggantung atau menamatkan mana-mana akaun TNG eWallet, dan/atau mengambil sebarang remedi lain yang terdapat di bawah undang-undang, berhubung dengan sebarang tingkah laku yang dinyatakan dalam Klausa 10.
Terma Am
12. TNGD berhak untuk menamatkan, menarik balik, atau melanjutkan Kempen ini sebelum tamat Tempoh Kempen pada bila-bila masa dengan memberikan notis sekurang-kurangnya lima (5) hari terlebih dahulu di laman web TNG eWallet di www.touchngo.com.my/ dan/atau aplikasi TNG eWallet.
13. TNGD berhak untuk menahan sebarang manfaat di bawah kempen ini, sekiranya pengguna didapati melanggar mana-mana Terma dan Syarat Pengguna TNG Digital (https://www.touchngo.com.my/assets/pdf/user-tnc.pdf)
14. Terma dan Syarat ini juga tertakluk kepada Terma dan Syarat Kempen Am yang boleh didapati di https://www.touchngo.com.my/terms-conditions/general-campaign-terms-and-conditions/
15. Sila layari https://www.touchngo.com.my untuk maklumat lanjut atau pertanyaan.