Kelantan and Johor Merchant Top TPV Campaign

Terms & Conditions

1. This promotion is organized by TNG Digital Sdn Bhd. 

2. This campaign is known as the Kelantan & Johor Merchant Top TPV Campaign. 

3. The campaign period is from 31st August 2026 to 29th November 2026, a total of 3 months. 

4. The Campaign is open to selected F&B merchants onboarded for this specific Campaign in Kelantan and Johor (40 merchants per state). 

5. Participating merchants are limited to merchants located in Kelantan and Johor, or as listed on the campaign page in-app. 

6. Kelantan and Johor are run as two independent campaigns, each with its own monthly leaderboard and prize pool. 

7. Participating merchants must actively promote TNG eWallet as a payment option to customers, display the provided point-of-sale materials (POSM)/branding, and always keep the Blue Tap/Soundbox device active and visible during the Campaign period. 

8. Each month, the merchant with the highest Total Payment Value (TPV) transacted via TNG eWallet within its state wins the top cash prize for that month. Ranks 1–4 receive prizes according to the table below. 

Rank  1st  2nd  3rd  4th 
Prize (Per state, per month)  RM3,000  RM2,000  RM1,000  RM500 

 

9. Winners are announced each month for three (3) consecutive months per state. Winners will be contacted by TNGD at least 1 – 2 weeks after the last date of each month (30th Sept, 30th Oct, 29th Nov). 

10. A merchant that has won a prize in any month is not eligible to win again in subsequent months of the same Campaign. This gives more merchants a fair chance to win. 

11. Cash prizes will be credited to the merchant’s registered settlement/TNG account or any preferred bank account within the timeframe communicated by the TNGD Team after winners has been announced. TNG Digital’s decision is final. 

12. TPV is measured only from valid, completed TNG eWallet transactions at the merchant during the qualifying month. Reversed, refunded, or fraudulent transactions are excluded from TPV calculations. 

13. Any attempt to inflate TPV through fake, self-initiated, split, or collusive transactions will result in immediate disqualification from the campaign and may result in removal from the campaign. 

14. TNG Digital reserves the right to amend, suspend, or terminate the Campaign or these Terms & Conditions at any time, with reasonable notice to participating merchants.  

15. TNG Digital shall be entitled to withhold any benefits under the services rendered, with or without prior notice to the merchants if the merchants are found to have been in breach of any TNG Digital’s Users terms and conditions. The general users’ terms and conditions which can be found at https://www.touchngo.com.my/assets/pdf/user-tnc.pdf   

16. This terms and conditions shall be further subject to the general promotion terms and conditions which can be found at https://www.touchngo.com.my/terms-conditions/general-promotion-terms-and-conditions. 

17. Please visit https://www.touchngo.com.my for more information or inquiries. 

 

 

Terma & Syarat (untuk peniaga yang mengambil bahagian) 

1. Promosi ini dianjurkan oleh TNG Digital Sdn Bhd. 

2. Kempen ini dikenali sebagai Kempen TPV Tertinggi Peniaga Kelantan & Johor. 

3. Tempoh kempen adalah dari 31 Ogos 2026 hingga 29 November 2026, sejumlah 3 bulan. 

4. Kempen ini terbuka kepada peniaga F&B terpilih yang telah didaftarkan untuk kempen ini di Kelantan and Johor (40 peniaga bagi setiap negeri). 

5. Peniaga yang mengambil bahagian terhad kepada peniaga yang terletak di Kelantan dan Johor, atau seperti yang disenaraikan pada halaman kempen dalam aplikasi. 

6. Kelantan dan Johor dijalankan sebagai dua kempen berasingan, masing-masing dengan carta pemimpin (leaderboard) dan kumpulan hadiah bulanan berasingan. 

7. Peniaga yang mengambil bahagian mesti secara aktif mempromosikan TNG eWallet sebagai pilihan pembayaran kepada pelanggan, memaparkan bahan titik jualan (POSM)/jenama yang disediakan, dan sentiasa memastikan peranti Blue Tap/Soundbox aktif serta kelihatan sepanjang tempoh Kempen. 

8. Setiap bulan, peniaga dengan Jumlah Nilai Pembayaran (TPV) tertinggi yang ditransaksikan melalui TNG eWallet akan memenangi hadiah wang tunai teratas bagi bulan tersebut. Kedudukan 1–4 akan menerima hadiah mengikut jadual di bawah. 

Kedudukan  1  2  3  4 
Hadiah (Bagi setiap negeri, setiap bulan)  RM3,000  RM2,000  RM1,000  RM500 

 

9. Pemenang akan diumumkan setiap bulan selama tiga (3) bulan berturut-turut bagi setiap negeri. Pemenang akan dihubungi oleh TNGD selewat-lewatnya 1 – 2 minggu daripada tarikh akhir setiap bulan Kempen (30 Sept, 30 Okt, 29 Nov). 

10. Peniaga yang telah memenangi hadiah pada mana-mana bulan tidak layak untuk menang semula pada bulan-bulan berikutnya dalam Kempen yang sama. Ini memberi peluang yang lebih adil kepada lebih ramai peniaga untuk menang. 

11. Hadiah wang tunai akan dikreditkan ke akaun TNG yang didaftarkan oleh peniaga atau mana-mana akaun bank pilihan dalam tempoh masa yang dimaklumkan oleh Pasukan TNGD selepas pemenang diumumkan. Keputusan TNG Digital adalah muktamad. 

12. TPV hanya diukur daripada transaksi TNG eWallet yang sah dan lengkap di peniaga tersebut sepanjang bulan kelayakan. Transaksi yang dibatalkan, dikembalikan (refund), atau yang berunsur penipuan akan dikecualikan daripada pengiraan TPV. 

13. Sebarang percubaan untuk menaikkan TPV secara palsu melalui transaksi tiruan, dimulakan sendiri, dipecahkan (split), atau bersekongkol akan mengakibatkan diskualifikasi serta-merta daripada kempen dan boleh menyebabkan peniaga dikeluarkan daripada kempen. 

14. TNG Digital berhak untuk meminda, menggantung, atau menamatkan Kempen atau Terma & Syarat ini pada bila-bila masa, dengan notis yang munasabah kepada peniaga yang mengambil bahagian. 

15. TNG Digital berhak untuk menahan sebarang faedah di bawah perkhidmatan yang diberikan, dengan atau tanpa notis awal kepada peniaga, sekiranya peniaga didapati melanggar mana-mana terma dan syarat Pengguna TNG Digital. Terma dan syarat am pengguna boleh didapati di https://www.touchngo.com.my/assets/pdf/user-tnc.pdf 

16. Terma dan syarat ini juga tertakluk kepada terma dan syarat promosi am yang boleh didapati di https://www.touchngo.com.my/terms-conditions/general-promotion-terms-and-conditions 

17. Sila layari https://www.touchngo.com.my untuk maklumat lanjut atau pertanyaan.