Touch ‘n Go eWallet Dan WWF Malaysia Bekerjasama Dalam Usaha Pemuliharaan Hidupan Liar Dan Hutan

Source: Teknoratz

Touch ‘n Go eWallet baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama dengan WWF-Malaysia dalam usaha untuk memulihara hidupan liar dan juga hutan yang terancam. Melalui kerjasama yang terjalin selama setahun, pengguna yang pertama kali mendaftar akaun untuk aplikasi Touch ‘n Go eWallet secara tidak langsung akan turut membuat sumbangan untuk kempen ini.

Pengguna baharu Touch ‘n Go eWallet boleh mendapatkan softpin bernilai RM8 secara percuma dengan menggunakan kod ‘TNGUBBMX’. Setiap pengaktifan akaun melalui kod tersebut, Touch ‘n Go eWallet secara automatik akan membuat sumbangan sebanyak RM4 kepada WWF-Malaysia.

Melalui kempen ini, Touch ‘n Go eWallet telah membuka ruang bagi membolehkan rakyat Malaysia untuk turut serta dalam menjaga alam sekitar dalam cara yang paling mudah. Sumbangan ini akan disalurkan ke arah pemuliharaan kehidupan marin, harimau, gajah, dan juga kawasan perlindungan.

Untuk maklumat terkini mengenai kerjasama bersama WWF Malaysia, anda boleh layari laman wwf.org.my/TNGeWallet atau laman Facebook Touch ‘n Go eWallet di  www.facebook.com/touchngoewallet/.