Touch ‘n Go PayDirect Kini Tersedia Di Lebih Banyak Lebuh Raya Termasuk LDP

 

 Penggunaan PayDirect ini pada awalnya hanya diperkenalkan di lebuh raya DUKE dan kini sudah boleh digunakan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Bermula pagi tadi pengguna jalan raya yang melalui LDP Penchala dan Plaza Tol Sunway boleh menggunakan ciri ini.

Kini anda tidak perlu risau jika nilai bayaran tidak tersedia di papan ketika menyentuh kad, kerana pengguna boleh menyemak secara langsung menerusi aplikasi eWallet anda. Tambahan lagi pengguna tidak perlu risau jika nilai eWallet tidak mencukupi kerana nilai tersebut akan dipotong secara langsung daripada kad fizikal Touch ‘n Go.