Kita semua pernah berada dalam situasi tersebut, terperangkap di kaunter tol, bergelut untuk menambah nilai eWallet kita sementara kereta-kereta beratur di belakang kita. Dengan SOS Balance, saat-saat panik tersebut sudah tidak lagi perlu dirasai. Ditawarkan secara eksklusif kepada pengguna eWallet TNG yang setia, ciri ini secara automatik akan menampung caj tol anda di plaza tol yang menyokong RFID dan PayDirect apabila baki eWallet anda semakin berkurangan, membolehkan anda terus bergerak dengan lancar dan tanpa tekanan. Anda hanya perlu membayar jumlah tersebut dalam tempoh 24 jam.
Tiada yuran, langganan atau pendaftaran yang diperlukan. Ia tersedia apabila anda memerlukannya. Untuk terus menikmati kemudahan ini, hanya gunakan eWallet anda secara aktif dan selesaikan baki tunggakan dalam tempoh 24 jam. SOS Balance berfungsi untuk semua kenderaan yang disambungkan ke akaun eWallet anda dengan tag RFID dan pembayaran PayDirect diaktifkan.
Pada masa ini, SOS Balance hanya tersedia untuk pembayaran tol tetapi teruskanlah mengikuti perkembangan kami, kami sedang berusaha untuk membawa ciri ini ke lebih banyak perkhidmatan tidak lama lagi.
Cara untuk layak
SOS Balance ditawarkan kepada pengguna TNG eWallet yang aktif dan segera menyelesaikan sebarang bayaran tertunggak. Sekiranya anda layak, anda akan menerima pemberitahuan push yang memaklumkan bahawa SOS Balance kini tersedia.
Untuk menyemak kelayakan anda, cukup ketik ikon SOS Balance atau ikon kereta di bahagian atas skrin utama eWallet anda. Anda akan dapat melihat status anda, seperti yang ditunjukkan di sini:
Saksikan video ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SOS Balance:
Pelajari cara untuk menyemak kelayakan anda, melihat baki tertunggak anda, dan membayar balik jumlah tersebut dengan mudah dalam masa 24 jam.
