Alan Ni

Alan Ni telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi untuk TNG Digital pada Ogos 2018. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April 2022. Beliau merupakan seorang profesional berpengalaman yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam kewangan pengguna & komersial serta pengurusan risiko & penipuan, dengan 15 tahun terakhir memegang jawatan kepimpinan kanan. Beliau mempunyai pelbagai pengalaman kerja antarabangsa di Amerika Syarikat, Korea, Thailand, China, Indonesia dan Malaysia.

Sebelum memegang jawatan dalam TNG Digital, Alan merupakan Pengarah Urusan Kanan, Ketua Kumpulan Risiko Runcit, CIMB di mana beliau menyelia keseluruhan pengurusan risiko runcit untuk CIMB Group. Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Kredit Negara, Malaysia di Standard Chartered Bank, menguruskan risiko & penipuan, serta operasi kredit (penajaan jamin, kutipan) untuk perbankan pengguna, perbankan swasta dan PKS. Alan juga mempunyai pengalaman langsung untuk mengembangkan bahagian pasaran dan volum sebagai Ketua Pegawai Pemasaran di GE Capital, Indonesia.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) dari Universiti Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa dan memegang MBA dalam Kewangan & Perakaunan dari Universiti Rochester – Simon Business School.