Kempen Pulangan Tunai Rawak Zakat (MAIWP-PPZ)
Soalan Lazim
Kempen apa ni?
Pengguna yang membuat transaksi minimum RM21 untuk sebarang jenis Zakat kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) – Pusat Zakat Kuala Lumpur (PPZ KL) melalui TNG eWallet dalam halaman Bil dalam satu transaksi layak menerima pulangan tunai rawak (terhad pada RM5).
Berapakah tempoh kempen ini?
Tempoh kempen adalah dari 18 Februari 2026 hingga 21 Mac 2026 .
Pulangan tunai rawak (Dihadkan pada RM5) adalah terhad kepada 2,235 transaksi pertama yang layak. Kempen ini akan tamat sebaik sahaja pulangan tunai digunakan sepenuhnya atau pada tamat tempoh promosi, yang mana lebih awal.
Siapakah yang layak untuk kempen ini?
Kempen adalah sah untuk pengguna TNG eWallet yang membuat transaksi Zakat yang layak untuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP) – Pusat Zakat Kuala Lumpur (PPZ-KL) melalui halaman Bil dalam TNG eWallet.
Adakah kempen ini sah untuk semua jenis pembayaran Zakat?
Ya, kempen ini sah untuk sebarang jenis Zakat yang dibayar kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP) – Pusat Zakat Kuala Lumpur (PPZ-KL), dengan jumlah transaksi minimum RM21 dipenuhi dalam satu transaksi melalui halaman Bil.
Adakah terdapat sebarang had/batasan untuk promosi ini?
- Pulangan tunai adalah rawak dan dihadkan pada RM5.
- Setiap pengguna yang layak hanya layak mendapat pulangan tunai sekali (1) sahaja sepanjang tempoh kempen.
- Transaksi berasingan atau transaksi gabungan tidak dibenarkan.
- Pulangan tunai terhad kepada 2,235 transaksi pertama yang layak.
Bilakah saya akan menerima pulangan tunai?
Pulangan tunai rawak (had pada RM5) akan dikreditkan ke dalam eWallet TNG masing-masing dalam tempoh TIGA (3) hari bekerja (Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum Malaysia) selepas tarikh transaksi yang layak.
TNG Digital tidak akan membuat sebarang panggilan telefon berkaitan dengan kempen ini.