Zakat Akhir Tahun dengan PPZ-MAIWP

Soalan Lazim

  1. Promosi apa ni?
    Pengguna yang membuat pembayaran minimum RM100 dalam satu transaksi untuk Zakat di bawah Pusat Pungutan Zakat-Kuala Lumpur (PPZ-KL) akan layak menerima pulangan tunai RM5.
    Di samping itu, pengguna yang membayar minimum RM150 dalam satu transaksi akan berpeluang memenangi kredit eWallet RM100 selepas kempen tamat.
  2. Berapa lamakah tempoh promosi ini?
    Tempoh promosi adalah dari 4 Disember hingga 31 Disember 2025, termasuk kedua-dua tarikh.
  3. Siapakah yang layak untuk promosi ini?
    Pengguna yang membayar Zakat melalui TNG eWallet di bawah 'Bills' dengan transaksi minimum RM100 untuk Pusat Pungutan Zakat- Kuala Lumpur (PPZ-MAIWP).
  4. Adakah terdapat sebarang had/batasan untuk promosi ini?
    Promosi ini hanya terhad kepada 2,000 penebusan pertama Pusat Pungutan Zakat- Kuala Lumpur (PPZ-MAIWP). Promosi ini akan tamat sebaik sahaja pulangan tunai digunakan sepenuhnya atau pada tamat tempoh promosi, yang mana lebih awal.
  5. Bilakah saya akan menerima pulangan tunai?
    Pulangan tunai akan dikreditkan ke dalam akaun TNG eWallet pengguna sebaik sahaja transaksi berjaya.
  6. Saya telah membuat dua transaksi dengan jumlah RM150. Adakah saya masih layak untuk menyertai cabutan bertuah?
    Tidak, pengguna perlu membuat pembayaran zakat minimum RM150 dalam satu transaksi untuk menyertai cabutan bertuah.
  7. Bolehkah saya mendapatkan berbilang penyertaan untuk meningkatkan peluang saya memenangi Cabutan Bertuah?
    Tidak, hanya SATU (1) penyertaan boleh diperolehi bagi setiap pengguna.
  8. Adakah terdapat sebarang had/batasan untuk memenangi Cabutan Bertuah ini?
    Setiap pemenang yang dipilih hanya layak mendapat SATU (1) hadiah selepas kempen tamat.
  9. Saya disenaraikan sebagai pemenang. Bilakah saya akan menerima hadiah tersebut?
    Semua pemenang akan dihubungi melalui e-mel dan kredit eWallet akan dikreditkan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh akhir yang dinyatakan dalam e-mel. Untuk menuntut hadiah, pemenang mesti membalas e-mel daripada winners@tngdigital.com.my dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh e-mel dihantar dan memberikan maklumat yang diperlukan untuk tujuan pengesahan.