Kempen Pulangan Tunai Akhir Tahun Sohoj Antarabangsa 2025

Soalan Lazim

  1. Kempen apa ni?
    Pengguna kali pertama yang membuat perbelanjaan minimum RM10 atau lebih dalam satu transaksi di Program Mini Tambah Nilai Antarabangsa Sohoj dalam TNG eWallet boleh mendapat Pulangan Tunai 10% (Dihadkan pada RM5).
  2. Berapakah tempoh kempen ini?
    Tempoh kempen adalah dari 1 November 2025 hingga 31 Disember 2025, termasuk kedua-dua tarikh tersebut.
  3. Siapakah yang layak untuk kempen ini?
    Pengguna Kali Pertama Program Mini Tambah Nilai Antarabangsa Sohoj dalam eWallet TNG.
  4. Adakah terdapat sebarang had/batasan untuk kempen ini?
    Kempen Pulangan Tunai akan tamat sebaik sahaja Pulangan Tunai digunakan sepenuhnya atau pada tamat Tempoh kempen, yang mana lebih awal. Transaksi gabungan atau pecahan tidak dibenarkan.
  5. Bagaimanakah saya boleh menerima pulangan tunai?
    Pulangan tunai 10% (Dihadkan pada RM5) akan dikreditkan ke dalam eWallet Touch 'n Go masing-masing dalam tempoh tiga (3) hari bekerja (Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum Malaysia) selepas tarikh transaksi yang layak berjaya. TNGD TIDAK AKAN membuat sebarang panggilan telefon mengenai kempen ini.
  6. Bolehkah kempen ini digabungkan dengan tawaran lain?
    Tidak, kempen ini tidak boleh digunakan bersama kempen, diskaun atau baucar lain yang sedang berjalan.