Perjalanan Akhir Tahun SafeTrip Kaw Kaw

Soalan Lazim

1. Apakah promosi ini?

Promosi ini dianjurkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (“TNGD”). Pengguna yang membeli SafeTrip dan memasukkan kod promo HOLIDAY2025 (“Pengguna Layak”) akan layak mendapat Pulangan Tunai sehingga RM80 daripada Premium Kasar Akhir yang telah dibayar.

2. Berapakah tempoh promosi ini?

Tempoh Promosi adalah dari 15 Oktober 2025 hingga 31 Disember 2025, termasuk kedua-dua tarikh tersebut.

3. Bagaimanakah jumlah pulangan tunai dikira?

Amaun pulangan tunai akan berdasarkan salah satu senario di bawah:

Pelan

Jumlah Premium Kasar

Ganjaran Pulangan Tunai

Pelan domestik

RM30.00 – RM70.00

RM7

RM70.01 – RM100.00

RM12

>RM100

RM18

Pelan antarabangsa

RM100.00 – RM250.00

RM25

RM250.01 – RM400

RM45

>RM400

RM80

Pulangan Tunai hanya terpakai untuk Premium Kasar Akhir sahaja. Duti setem dan SST tidak termasuk untuk pulangan tunai dan akan dikenakan pada nilai penuh.

4. Bilakah saya boleh menerima pulangan tunai?

Pulangan Tunai akan dikreditkan ke akaun TNG eWallet masing-masing pengguna selewat-lewatnya pada 10hb bulan berikutnya selepas pengeluaran polisi tersebut.

5. Adakah terdapat had/penghad untuk promosi ini?

Jumlah maksimum dana pulangan tunai Kempen ini ialah RM125,968 yang akan diberikan kepada semua Pengguna Layak sepanjang Tempoh Kempen berdasarkan asas siapa cepat dia dapat.

Kempen ini akan tamat apabila tempoh kempen tamat atau apabila jumlah maksimum dana Pulangan Tunai telah dicapai, pada bila-bila masa yang lebih awal.

6. Adakah terdapat had ganjaran yang boleh saya perolehi sepanjang tempoh kempen?

Tidak. Anda boleh menikmati ganjaran selagi anda memenuhi kriteria kempen sepanjang tempoh kempen. Walau bagaimanapun, kempen ini akan tamat apabila tempoh kempen tamat atau apabila jumlah maksimum dana Pulangan Tunai telah dicapai, pada bila-bila masa yang lebih awal.

7. Bagaimana jika saya membatalkan polisi saya dalam tempoh kempen, adakah saya masih layak mendapat pulangan tunai?

Tidak. Polisi ini mesti kekal aktif sepanjang tempoh kempen dan sebarang pembatalan polisi dalam tempoh kempen tidak akan layak mendapat pulangan tunai.

8. Siapakah yang boleh saya hubungi jika saya tidak menerima pulangan tunai selepas hari terakhir bulan berikutnya?

Anda boleh menghubungi TNG Digital dengan menghubungi +603-5022 3888 (Isnin-Ahad 7.00 pagi – 10.00 malam) atau menulis surat kepada kami di https://tngd.my/careline-webform