Tambah Nilai & Jana RM10 dengan Kad Visa Singapura

Soalan Lazim

S1 Apakah yang ditawarkan oleh Kempen ini?
A1 Kempen ini memberi ganjaran pulangan tunai RM10 kepada pengguna apabila mereka menambah nilai TNG eWallet mereka menggunakan kad kredit atau debit Visa yang dikeluarkan di Singapura dengan minimum RM150 dalam satu transaksi.

S2 Bilakah tempoh kempen?
A2 Kempen ini berlangsung dari 15 September 2025 hingga 31 Disember 2025, termasuk kedua-dua tarikh tersebut.

S3 Siapakah yang layak menyertai kempen ini?
A3 Anda layak jika anda:
a) Mempunyai akaun TNG eWallet yang aktif
b) Tambah nilai menggunakan kad Kredit atau Debit Visa yang dikeluarkan di Singapura;
c) Tambah nilai melalui tambah nilai manual, tambah nilai automatik atau pembayaran pantas
d) Tambah nilai minimum RM150 dalam satu transaksi.

S4 Apakah ganjaran yang boleh saya terima daripada kempen ini?
A4 Setiap pengguna hanya layak menerima pulangan tunai RM10 sekali sahaja sepanjang tempoh kempen.

S5 Adakah terdapat had untuk pulangan tunai?
A5 Ya. Pulangan tunai terhad kepada 1100 pengguna pertama yang layak setiap minggu berdasarkan siapa cepat dia dapat.

S6 Bagaimanakah pulangan tunai akan dikreditkan?
A6 Pulangan Tunai akan dikreditkan terus ke TNG eWallet pengguna yang layak dalam tempoh 5 hari bekerja (T+5) dari tarikh pemenuhan pulangan tunai

S7 Mengapa saya tidak menerima pulangan tunai?
A7 Anda mungkin tidak menerima pulangan tunai jika:
• Kad Visa anda dikeluarkan di Malaysia atau negara asing yang lain;
• Tambah nilai anda kurang daripada RM150 dalam satu transaksi;
• Anda telah menebus pulangan tunai sekali;
• Had pulangan tunai mingguan (1100 pengguna) telah dicapai; atau
• Akaun anda tidak aktif, ditamatkan atau ditandai kerana aktiviti yang mencurigakan.

S8 Adakah saya akan dimaklumkan jika saya terlepas pulangan tunai?
A8 Tidak, tiada pemberitahuan akan diberikan jika peruntukan pulangan tunai mingguan atau bulanan telah dituntut sepenuhnya.

S9 Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
A9 Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.touchngo.com.my