Pulangan Tunai Akhir Tahun MotoInsure
Soalan Lazim
1. Apakah tujuan Kempen ini?
Pengguna yang memasukkan kod promosi “YEAR25” semasa pembelian polisi insurans/sijil takaful motosikal melalui MotoInsure semasa Tempoh Kempen akan layak mendapat pulangan tunai berdasarkan jenis perlindungan insurans/takaful yang dipilih seperti berikut:
|
Jenis Liputan |
Pulangan Tunai |
|
|
Pengguna Baharu |
Pengguna Sedia Ada^ |
|
|
Pihak Ketiga |
RM5 |
RM5 + Tambahan 2% daripada GWP* |
|
Komprehensif |
RM10 |
RM10 + Tambahan 2% daripada GWP* |
* GWP = Premium Bertulis Kasar / Sumbangan Bertulis Kasar
^ Pengguna Sedia Ada = Pengguna yang telah memperbaharui insurans/takaful motosikal mereka dengan MotoInsure sebelum ini
Jumlah Had Pulangan Tunai: RM20,000 (siapa cepat, dia dapat)
Contoh:
|
Pengguna |
Jenis Liputan |
GWP |
Jumlah Pulangan Tunai |
|
Baru |
Pihak Ketiga |
RM80 |
RM5.00 |
|
Sedia Ada |
Pihak Ketiga |
RM80 |
RM5 + (2% x RM80) = RM6.60 |
2. Apakah tempoh Kempen ini?
Tempoh kempen ini adalah dari 1 November 2025 hingga 31 Disember 2025, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”).
3. Siapakah yang layak untuk Kempen ini?
Kempen ini terbuka kepada pengguna TNG eWallet (“Pengguna”) yang memasukkan kod promosi “YEAR25” semasa pembelian polisi insurans/sijil takaful motosikal melalui MotoInsure pada aplikasi TNG eWallet.
4. Adakah saya layak mendapat Pulangan Tunai jika saya terlupa memasukkan kod promosi?
Tidak, anda mesti memasukkan kod promosi semasa pembayaran transaksi untuk menikmati Pulangan Tunai.
5. Di manakah saya perlu memasukkan kod promosi?
Anda boleh memasukkan kod promo: “YEAR25” dalam kotak “Kod Promo” di halaman “Ringkasan”.

6. Adakah terdapat perbelanjaan minimum yang diperlukan untuk layak menyertai Kempen ini?
Tidak, tiada perbelanjaan minimum yang diperlukan untuk kempen ini.
7. Adakah terdapat had untuk kempen ini?
Pulangan tunai akan berhenti apabila Tempoh Kempen tamat atau apabila jumlah bajet pulangan tunai sebanyak RM20,000 telah habis, yang mana lebih awal.
8. Bolehkah saya membeli pelbagai polisi insurans / sijil takaful untuk layak mendapat Pulangan Tunai dalam Kempen ini?
Ya, anda boleh membeli atau memperbaharui pelbagai polisi insurans/sijil takaful melalui MotoInsure, dan setiap satu masih layak mendapat pulangan tunai (tertakluk kepada Terma & Syarat Kempen).
Sila ambil perhatian bahawa Pulangan Tunai hanya akan dikreditkan ke akaun TNG eWallet yang digunakan untuk membuat pembayaran.
9. Bolehkah saya membantu ahli keluarga/rakan saya memperbaharui insurans/takaful motosikal mereka?
Ya, anda boleh. Walau bagaimanapun, Pulangan Tunai akan dikreditkan ke akaun TNG eWallet yang digunakan untuk membuat pembayaran setelah pembaharuan insurans/takaful berjaya jika bajet untuk pulangan tunai kekal.
10. Bilakah saya akan mendapat Pulangan Tunai?
Pulangan tunai akan dikreditkan ke akaun TNG eWallet anda dalam tempoh 10 hari bekerja selepas pengeluaran polisi/sijil.
11. Dengan siapa saya boleh menyemak jika saya belum menerima polisi/sijil atau Pulangan Tunai saya?
Anda boleh menghubungi kami di InsuranceHelpdesk@tngdigital.com.my
Sila ambil perhatian:
· Pengeluaran polisi/sijil mungkin mengambil masa sehingga 3 hari disebabkan oleh kemungkinan penyelenggaraan.
· Pulangan tunai akan dikreditkan dalam tempoh 10 hari bekerja.