Kempen Duit Raya MotoInsure
Soalan Lazim
- Apakah tujuan Kempen ini?
Pengguna TNG eWallet (“Pengguna”) yang berjaya melaksanakan dan membuat pembayaran untuk polisi insurans/sijil takaful motosikal melalui MotoInsure dengan jumlah pembayaran minimum RM125 semasa Tempoh Kempen hanya berhak mendapat SATU (1) pulangan tunai rawak (“Ganjaran”) sepanjang Tempoh Kempen.
Ganjaran ini terhad kepada 3,000 transaksi pertama yang berjaya berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Pecahan pulangan tunai rawak adalah seperti di bawah :
| Nilai Pulangan Tunai | Kuantiti | Jumlah Bajet |
| RM5 | 2,500 | RM24,000 |
| RM15 | 300 | |
| RM30 | 150 | |
| RM50 | 50 | |
| JUMLAH | 3,000 |
- Berapakah tempoh Kempen ini?
Tempoh kempen ini adalah dari 1 Mac 2026 hingga 15 April 2026, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”). - Siapakah yang layak untuk Kempen ini?
Kempen ini terbuka kepada pengguna TNG eWallet (“Pengguna”) yang berjaya melaksanakan dan membuat pembayaran untuk polisi insurans/sijil takaful motosikal melalui MotoInsure dengan jumlah pembayaran minimum RM125 semasa Tempoh Kempen. - Perlukah saya memasukkan Kod Promo untuk menyertai Kempen ini?
Kod promosi tidak diperlukan. Anda boleh menyertai dengan jumlah pembayaran minimum RM125 untuk polisi insurans/sijil takaful motosikal anda melalui MotoInsure. - Adakah terdapat perbelanjaan minimum yang diperlukan untuk layak menyertai Kempen ini?
Ya, terdapat keperluan perbelanjaan minimum sebanyak RM125. - Adakah terdapat had untuk kempen ini?
Pulangan tunai akan berhenti apabila Tempoh Kempen tamat atau apabila jumlah bajet pulangan tunai sebanyak RM24,000 telah habis, yang mana lebih awal. - Bolehkah saya membeli pelbagai polisi insurans/sijil takaful untuk layak mendapat Pulangan Tunai dalam Kempen ini?
Tidak, setiap Pengguna hanya berhak mendapat SATU (1) pulangan tunai rawak (“Ganjaran”) sepanjang Tempoh Kempen, tanpa mengira bilangan polisi yang dibeli. - Bolehkah saya membantu ahli keluarga/rakan saya memperbaharui insurans/takaful motosikal mereka?
Ya, anda boleh. Walau bagaimanapun, Pulangan Tunai akan dikreditkan ke akaun TNG eWallet yang digunakan untuk membuat pembayaran jika bajet untuk pulangan tunai masih ada. - Bilakah saya akan mendapat Pulangan Tunai?
Ganjaran (pulangan tunai) akan dikreditkan ke akaun TNG eWallet Pengguna yang layak sejurus selepas pembayaran berjaya. Sekiranya terdapat sebarang masalah sistem atau teknikal, Penganjur berhak untuk mengkreditkan Ganjaran secara manual dalam tempoh masa yang munasabah. - Siapakah yang boleh saya hubungi jika saya belum menerima polisi/sijil atau Pulangan Tunai saya?
Anda boleh menghubungi kami di InsuranceHelpdesk@tngdigital.com.my
Sila ambil perhatian :
- Pengeluaran polisi/sijil mungkin mengambil masa sehingga 3 hari disebabkan oleh kemungkinan penyelenggaraan.
- Pulangan tunai akan dikreditkan sejurus selepas pembayaran berjaya dilakukan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang masalah sistem atau teknikal, Penganjur berhak untuk mengkreditkan Ganjaran secara manual dalam tempoh masa yang munasabah.