Kempen Pulangan Tunai GO+ 2026
Soalan Lazim
- Apakah Kempen Pulangan Tunai GO+?
Kempen ini dianjurkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) dan terbuka kepada pengguna TNG eWallet terpilih berumur antara 16 dan 18 tahun yang telah menerima maklumat kempen melalui peti masuk dalam aplikasi, pemberitahuan push atau e-mel (“Pengguna Layak”).
- Bilakah tempoh kempen?
Kempen ini berlangsung dari 20 Mac 2026 hingga 31 Mei 2026.
- Siapakah yang layak menerima Baucar Pulangan Tunai ini?
Hanya pengguna terpilih yang menerima pemberitahuan push dalam aplikasi tentang baucar semasa tempoh kempen layak menyertai.
- Bilakah pulangan tunai akan dikreditkan kepada saya setelah syarat-syarat dipenuhi?
Amaun pulangan tunai akan dikreditkan ke dalam TNG eWallet pengguna secara automatik setelah memenuhi syarat baucar.
- Berapa lama Baucar Pulangan Tunai akan tersedia untuk saya gunakan?
Tempoh sah Baucar Pulangan Tunai adalah 30 hari selepas baucar dikeluarkan. Sebarang baucar pulangan tunai yang tidak digunakan akan tamat tempoh.
- Jika saya terlupa menggunakan Baucar Pulangan Tunai saya, bolehkah ia dipulihkan?
Jika pengguna tidak membelanjakan Baucar Pulangan Tunai dalam tempoh sah laku, jumlah tersebut akan dilupuskan. Sebarang Ganjaran yang tidak digunakan tidak boleh dipulihkan.