Promosi Pulangan Tunai Pandacredit Foodpanda
Soalan Lazim
S1 Apakah promosi ini?
Pengguna yang memilih dan mengaktifkan Pandacredit dengan menghubungkan TNG eWallet mereka sebagai kaedah pembayaran dan membuat perbelanjaan minimum RM35.00 dalam satu transaksi di platform Foodpanda setiap hari Rabu semasa Tempoh Promosi dan membayar dengan TNG eWallet boleh mendapat pulangan tunai 12% sehingga RM5.
S2 Berapakah tempoh promosi ini?
Tempoh Promosi adalah dari 12 November 2025 hingga 28 Januari 2026, termasuk kedua-dua tarikh.
Promosi ini akan tamat setelah Pulangan Tunai digunakan sepenuhnya atau pada tamat Tempoh Promosi, yang mana lebih awal.
S3 Siapakah yang layak untuk promosi ini?
Pengguna yang memilih dan mengaktifkan Pandacredit dengan menghubungkan TNG eWallet mereka sebagai kaedah pembayaran dan membuat perbelanjaan minimum RM35.00 dalam satu transaksi di platform Foodpanda setiap hari Rabu semasa Tempoh Promosi dan membayar dengan TNG eWallet.
S4 Adakah promosi ini sah di semua Platform Foodpanda Malaysia?
Promosi sah pada aplikasi mudah alih Foodpanda Malaysia, program mini Foodpanda dalam TNG eWallet dan laman web Foodpanda Malaysia sahaja.
S5 Adakah terdapat sebarang had/batasan untuk promosi ini?
Setiap Pengguna TNG eWallet berhak menikmati pulangan tunai 12% yang dihadkan kepada RM5 SATU (1) kali sahaja, sepanjang Tempoh Promosi. Semua pulangan tunai akan sah selama 7 hari selepas dikeluarkan. Promosi akan tamat setelah Pulangan Tunai digunakan sepenuhnya atau pada tamat Tempoh Promosi, yang mana lebih awal.
S6 Bilakah saya akan menerima pulangan tunai?
Pulangan tunai 12% yang dihadkan kepada RM5 akan dikreditkan kembali ke sub-dompet Pandacredit masing-masing di Foodpanda dalam tempoh TIGA (3) hari bekerja (Isnin hingga Jumaat tidak termasuk cuti umum Malaysia) selepas tarikh transaksi yang layak. TNGD TIDAK AKAN membuat sebarang panggilan telefon menurut Promosi ini.