Promosi Akhir Tahun CarInsure 2025

Soalan Lazim

1. Apakah promosi ini?

Pengguna yang memasukkan kod promosi “YEAR25” semasa pembelian polisi insurans/sijil takaful kereta komprehensif melalui CarInsure akan layak mendapat Pulangan Tunai seperti jadual berikut:

Kriteria

Jumlah Pulangan Tunai

Tanpa Tambahan Bencana Alam

RM20

Dengan Tambahan Bencana Alam

RM30

2. Berapakah tempoh promosi ini?

Tempoh Promosi adalah dari 1 November 2025 hingga 31 Disember 2025, termasuk kedua-dua tarikh. 

3. Siapakah yang layak untuk promosi ini?

Pengguna yang membeli insurans/takaful kereta komprehensif di CarInsure melalui Touch 'n Go eWallet dan menggunakan kod promosi “YEAR25” semasa tempoh promosi.

4. Adakah promosi ini sah di semua platform?

Promosi ini hanya sah untuk pembelian yang dibuat di CarInsure yang terdapat dalam Touch 'n Go eWallet.

5. Bolehkah saya membeli pelbagai polisi insurans/sijil takaful untuk layak mendapat Pulangan Tunai dalam Promosi ini?

Ya, anda boleh membeli/memperbaharui pelbagai polisi insurans/sijil takaful melalui CarInsure dan anda masih layak mendapat Pulangan Tunai, tertakluk kepada Terma dan Syarat Promosi.

6. Adakah terdapat sebarang had/batasan untuk promosi ini?

Had jumlah pulangan tunai dihadkan kepada RM99,000 sepanjang tempoh promosi. Promosi ini akan tamat sebaik sahaja pulangan tunai digunakan sepenuhnya, atau pada tamat Tempoh Promosi, yang mana lebih awal.

7. Bilakah saya akan menerima pulangan tunai?

Anda akan menerima Pulangan Tunai dalam akaun Touch 'n Go eWallet anda dalam tempoh 10 hari bekerja selepas polisi tersebut dikeluarkan.