Kempen Pulangan Tunai RM3 BUDI95

Soalan Lazim

S1 Apakah promosi ini?
Pengguna yang membuat perbelanjaan minimum RM30.00 dalam satu transaksi di bawah Program Mini BUDI MADANI RON95 dalam TNG eWallet dan membayar dengan fungsi 'Beli Bahan Api' TNG eWallet BUDI95 boleh mendapat Pulangan Tunai RM3.00

S2 Berapakah tempoh promosi ini?
Tempoh Promosi adalah dari 1 Mei 2026 hingga 30 Jun 2026, termasuk kedua-dua tarikh.

Pulangan tunai RM3.00 terhad kepada 30,000 transaksi pertama yang layak semasa tempoh promosi. Promosi ini akan tamat setelah Pulangan Tunai digunakan sepenuhnya atau pada tamat Tempoh Promosi, yang mana lebih awal.

S3 Siapakah yang layak untuk promosi ini?
Pengguna yang membuat perbelanjaan minimum RM30.00 dalam satu transaksi di bawah Program Mini BUDI MADANI RON95 dalam TNG eWallet dan membayar dengan fungsi 'Beli Bahan Api' TNG eWallet BUDI95

S4 Adakah terdapat sebarang had/batasan untuk promosi ini?
Pulangan tunai RM3.00 terhad kepada 30,000 transaksi pertama. Promosi ini akan tamat setelah Pulangan Tunai digunakan sepenuhnya atau pada tamat Tempoh Promosi, yang mana lebih awal.

Setiap Pengguna TNG eWallet berhak menikmati pulangan tunai RM3.00 SATU (1) kali sahaja, sepanjang Tempoh Promosi.

S5 Bilakah saya akan menerima pulangan tunai?
Pulangan tunai RM3.00 akan dikreditkan kembali ke eWallet TNG masing-masing dalam tempoh TIGA (3) hari bekerja (Isnin hingga Jumaat tidak termasuk cuti umum Malaysia) selepas tarikh transaksi yang layak. TNGD TIDAK AKAN membuat sebarang panggilan telefon menurut Promosi ini.