Penyelesaian digital inklusif untuk komuniti pelarian Malaysia
Terdapat lebih 192,000 pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia setakat Oktober 2024, termasuk individu dari Myanmar, Pakistan, Yaman, Syria dan negara-negara lain yang terjejas oleh konflik dan penganiayaan. Kebanyakannya menghadapi halangan yang ketara untuk mengakses perkhidmatan kewangan tradisional disebabkan oleh status undang-undang dan cabaran dokumentasi mereka.
TNG Digital berbangga untuk bekerjasama dengan UNHCR bagi merapatkan jurang ini dengan menyediakan akses kepada perkhidmatan kewangan yang selamat, terjamin dan inklusif melalui TNG eWallet. Dompet digital ini memperkasakan pelarian untuk menguruskan kewangan mereka secara bebas daripada peranti mudah alih, tanpa memerlukan akaun bank atau sebarang yuran berkaitan.
Inisiatif ini bertujuan untuk melengkapkan pelarian dengan sumber digital penting yang mereka perlukan untuk menguruskan kewangan mereka, membina kestabilan dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Ia juga sejajar dengan visi kerajaan Malaysia untuk menggalakkan rangkuman digital dan membolehkan komuniti tanpa perbankan menyertai secara bermakna dalam ekonomi digital.