eBelia MAIN T&C

Eligibility criteria:

  • The program is open to all Malaysian citizens who:
    1. have attained the age of eighteen (18) years to twenty (20) years as at 2021; or
    2. are full-time students enrolled in courses equivalent to diploma or SKM4 and above at a public or private institution of higher learning in Malaysia registered with the Ministry of Higher Education, Ministry of Education, Ministry of Agriculture and Food Industry, Ministry of Rural Development, Ministry of Youth and Sports, Ministry of Human Resources and/or Department of Islamic Development Malaysia ( JAKIM ) (“Relevant Ministries”).
  • To be eligible for this program, applicants must fulfil the following conditions:
    1. provide proof of identity using a valid Malaysian NRIC, based on the records of Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); and
    2. for full-time students, also provide proof for enrolment, based on the records of the Relevant Ministries.

Program incentive:

  • If the applicant has met the eligibility criteria and has been successfully verified under our eKYC process, approval will be granted within three (3) days from the date of successful verification.
  • The eligible applicant will receive a one-off Ringgit Malaysia One Hundred and Fifty (RM150.00) eBelia credit (“Incentive(s)”) once the claim has been approved and the eBelia credit will be issued to the applicant’s e-wallet.
  • Each eligible participant can only claim the Incentive once, from 1 June 2021 to 22 July 2021 (both dates inclusive).
  • The Incentive is awarded on a ‘first come, first served’ basis, while funds are available.
  • Once claimed, the Incentive must be utilised by 31 July 2021 and any remaining unused Incentive will be automatically removed from the applicant’s e-wallet balance.
  • The Incentives are strictly non-transferrable and non-refundable.
  • The Government of Malaysia reserve the right to vary and amend these terms and conditions at any time without prior notice.
  • All Incentives received are restricted from performing transactions such as:
    1. peer-to-peer transfers;
    2. cash-outs;
    3. app-integrated payment of utility bills;
    4. app-integrated payment of Government related fees/payments;
    5. app-integrated payment of telco postpaid bills;
    6. app-integrated prepaid service top-ups;
    7. app-integrated games purchases; and
    8. payments to overseas merchants.
  • All Incentives must be utilised in Malaysia and shall be used for goods and services provided in Malaysia.
  • For the avoidance of doubt, all Incentives received could be used for payments to registered domestic merchants (e-commerce or other domestic platforms) who (i) may list or offer goods or services from merchants residing overseas provided always that settlements of any such transactions are done domestically; and/or (ii) do not exclusively sell such restricted products as provided herein.
  • All Incentives received shall not be utilised for any illegal activity.

Personal Data Protection:

By applying for this program, the data privacy notice of TNG eWallet (“we”) that have been provided to you, will apply. In addition to the data privacy notice, you agree and consent to us, our subsidiaries and any of our affiliated companies, the Government of Malaysia and its nominees, the government departments and/or the government agencies collecting, storing, using, processing and disclosing your Personal Data (which include, but is not limited to, your full name, age, date of birth, NRIC or such information that would establish your identity, address, mobile phone number, email address, bank account details, bank statements and transaction information) to:

  • Process the account, request and facilitate the general administration and management to give effect to the transactions under this program.
  • Provide and disclose your Personal Data to us, service providers (which may be located outside Malaysia), Government of Malaysia, the Ministry of Finance and its nominees, government departments and/or government agencies to validate and process the eligibility of your application to this program.
  • Validate the claim of the Incentive with other participating e-wallets in the event of a dispute.
  • Process any complaints you may have against us for this program.
  • Deliver any notice and/or communications to you through third party service providers in connection to this program.
  • Collect aggregated data (including transaction information) on the products or services you have spent your Incentive on, or such transaction falling within the program.
  • Provide your Personal Data to relevant third party service providers for the purposes of giving full effect to the program.
  • Provide and disclose your Personal Data (which may include your transaction information) to the Government of Malaysia, the Ministry of Finance and its nominees and their respective affiliates and/or agencies to determine the success of the program.

Note that you will not be able to participate in this program if you do not agree and consent to the collection, storage, usage, processing and disclosure of your Personal Data. We will store your Personal Data in accordance with the data processing principles (including the Security Principle) contained in the Personal Data Protection Act 2010.You have the right to access, view, update or correct your Personal Data upon request.

 

 

 


 

 

 

Kriteria kelayakan:

  • Program ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang:
    1. Mencapai umur lapan belas (18) tahun ke dua puluh (20) tahun pada tahun 2021; atau
    2. Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam atau swasta di Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (“Kementerian Berkaitan”).
  • Untuk layak mengikuti program ini, pemohon mesti memenuhi syarat berikut:
    1. Memberikan bukti identiti menggunakan NRIC Malaysia yang sah, berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
    2. Untuk pelajar sepenuh masa, juga memberikan bukti pendaftaran, berdasarkan rekod Kementerian Berkaitan.

Insentif program:

  • Sekiranya pemohon telah memenuhi kriteria-kriteria kelayakan dan telah berjaya disahkan melalui proses eKYC, kelulusan akan diberikan dalam masa tiga (3) hari dari tarikh pengesahan berjaya.
  • Pemohon yang layak akan menerima satu ratus lima puluh ringgit Malaysia (RM150.00) kredit eBelia sekali sahaja (“Insentif”) setelah penebusan berjaya dan kredit eBelia akan dimasukkan ke dalam e-dompet pemohon.
  • Setiap pemohon yang layak hanya boleh tebus Insentif satu kali sahaja dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 (kedua-dua tarikh termasuk).
  • Insentif diberikan adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat, sementara dana masih ada.
  • Setelah ditebus, Insentif mesti digunakan sehingga 31 Julai 2021 dan sebarang Insentif yang tidak digunakan akan dikeluarkan dari baki e-dompet pemohon secara automatik.
  • Insentif tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh dikembalikan.
  • Kerajaan Malaysia berhak untuk mengubah atau menambah terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis.
  • Kesemua Insentif diterima adalah dilarangkan untuk melakukan transaksi seperti:
    1. pemindahan “peer-to-peer”;
    2. penebusan tunai;
    3. bayaran bil utiliti yang terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
    4. bayaran fi berkaitan Kerajaan yang terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
    5. bayaran pasca-bayar telekomunikasi yang terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
    6. bayaran prabayar tambah nilai yang terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
    7. pembelian permainan (“games”) yang terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
    8. bayaran kepada peniaga bukan tempatan (“overseas merchants”).
  • Kesemua Insentif mesti digunakan di Malaysia dan harus digunakan untuk barang dan perkhidmatan yang disediakan di Malaysia.
  • Untuk mengelakkan keraguan, semua Insentif yang diterima dapat digunakan untuk pembayaran kepada peniaga domestik yang berdaftar (e-commerce atau platform domestik lain) yang (i) boleh menyenaraikan atau menawarkan barang atau perkhidmatan dari peniaga yang tinggal di luar negara dengan syarat sebarang penyelesaian urus niaga dilakukan di dalam negera; dan/atau (ii) tidak secara eksklusif menjual produk yang dilarangkan seperti yang diperuntukkan di sini.
  • Kesemua Insentif diterima tidak boleh digunakan untuk kegiatan tidak sah.

Perlindungan Data Peribadi:

Dengan memohon program ini, notis privasi data TNG eWallet (“kami”) yang telah diberikan kepada anda akan dikuatkuasakan. Tambahan kepada notis privasi data, anda bersetuju dan memberi persetujuan kepada kami, anak syarikat kami, dan mana-mana syarikat yang berkaitan dengan kami, kerajaan Malaysia dan pencalonannya, jabatan kerajaan dan/atau agensi kerajaan mengumpul, menyimpan, menggunakan, dan mendedahkan Data Peribadi anda (yang merangkumi tetapi tidak terhad kepada nama penuh, umur, tarikh lahir, NRIC atau maklumat sedemikian yang akan membukti identiti anda, alamat, nombor telefon bimbit, alamat e-mel, butiran akaun bank, penyata bank dan maklumat transaksi anda) untuk:

  • Memproses akaun, meminta dan memudahkan pentadbiran dan pengurusan umum untuk melaksanakan transaksi di bawah program ini.
  • Memberi dan mendedahkan Data Peribadi kepada kami, penyedia perkhidmatan (yang mungkin berada di luar Malaysia), kerajaan Malaysia, Kementerian Kewangan dan pencalonannya, jabatan kerajaan dan/atau agensi kerajaan untuk mengesahkan dan memproses kelayakan permohonan anda untuk program ini.
  • Mengesahkan penebusan Insentif dengan e-dompet lain yang mengambil bahagian sekiranya berlaku perselisihan.
  • Memproses sebarang aduan anda terhadap kami untuk program ini.
  • Menyampaikan sebarang notis dan/atau komunikasi kepada anda melalui perkhidmatan pihak ketiga yang berkaitan dengan program ini.
  • Mengumpul data (termasuk maklumat transaksi) mengenai produk atau perkhidmatan yang anda menggunakan Insentif anda, atau sebarang transaksi mengenai program ini.
  • Memberi Data Peribadi anda kepada perkhidmatan pihak ketiga berkaitan untuk tujuan memberi kesan sepenuhnya kepada program ini.
  • Memberi dan mendedahkan Data Peribadai anda (termasuk maklumat transaksi anda) kepada kerajaan Malaysia, Kementerian Kewangan dan pencalonannya dan yang berkaitan dan/atau agensi-agensi untuk menentukan kejayaan program ini.

Adalah dimaklumkan anda tidak boleh menyertai program ini sekiranya anda tidak bersetuju dan tidak memberi persetujuan untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda. Kami akan menyimpan Data Peribadi anda mengikuti prinsip pemprosesan data (termasuk Prinsip Sekuriti) yang terkandung dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Anda berhak untuk mengakses, melihat, mengemaskini, atau membetulkan Data Peribadi anda atas permintaan.