CI Insure & Med Insure – AIA Generasi Concert Campaign
Terms & Conditions
- This Campaign is organized by AIA General Berhad (“AIA”).
- The Campaign Period is from 20 July 2026 until 31 August 2026, inclusive of both dates.
- The Campaign is open to TNG eWallet users who make their first-ever purchase of CI Insure OR Med Insure with annual payment mode during Campaign Period (“Eligible User”).
- Eligible User will receive a ticket to AIA Generasi Concert, which will be held on 20 September 2026 at Unifi Arena, Bukit Jalil (“Rewards”).
- The Reward will be sent by The Organizer, AIA via email in the form of a unique e-code, and Eligible User is required to register at the provided website link to redeem the Reward. Full details will be provided via email.
- A total of 80 tickets is available for giveaway and will be given on first come, first served basis.
- The Reward is non-transferable. Any request for the Reward to be delivered to a third part will not be entertained.
- Any user who cancels, surrenders, changes or requests for refund on their CI Insure or Med Insure purchase during the Campaign Period shall be automatically disqualified from this Campaign and shall not be entitled to participate in this Campaign. The Organizer reserves the right to revoke the Reward for the Eligible User.
- If the Eligible Participant is reasonably suspected or found to have committed in any fraudulent activity during the Campaign, The Organizer may disqualify the participant and cancel and recover the Reward. If the Reward cannot be recovered, the participant agrees to reimburse The Organizer for its value and costs. The Organizer may also take any necessary action against the participant.
- The Organizer reserves the right to cancel, revise, shorten, extend, suspend, or terminate the Campaign at any time without prior notice to the Eligible Participant. For avoidance of doubt, any cancellation, revision, shortening, extension, suspension, or termination of the Campaign shall not entitle the Eligible Participant to claim for any compensation from The Organizer or losses or damages suffered or incurred due to any of the above.
- The Organizer also reserves the right to amend and delete any of these Terms and Conditions at any time at its absolute discretion without prior notice. Continued participation in this Campaign following any such amendments and/or deletion shall constitute unconditional acknowledgment and acceptance of such changes in respect of these Terms and Conditions.
- These Terms and Conditions (including its amendment, where applicable) shall prevail over any provisions or representations contained in any brochure or other promotional materials advertised for this Campaign.
- The Organizer is the final authority to decide on the interpretation of these Terms and Conditions and as to any other matters relating to this
- The Organizer shall not be liable for any losses, damages, expenses and/or liabilities incurred by the Eligible Participant arising from participation in this Campaign and any other matters relating to this Campaign.
- By participating in this Campaign, the Eligible Participant is deemed to have agreed and consented to the collection, processing, use, disclosure and retention by The Organizer of their personal data in the manner as set out in the AIA’s Group Privacy Statement at https://www.aia.com.my/en/index/privacy-statement.html.
- TNG Digital shall be entitled to withhold any benefits under the services rendered, with prior notice to the users if the users are found to have been in breach of any TNG Digital’s Users Terms and Conditions. The General Users Terms and Conditions which can be found at https://www.touchngo.com.my/assets/pdf/user-tnc.pdf.
- This Terms and Conditions shall be further subject to The General Promotion Terms and Conditions which can be found at https://www.touchngo.com.my/terms-conditions/general-promotion-terms-and-conditions.
- Please visit https://www.touchngo.com.my for more information or inquiries.
Terma & Syarat
- Kempen ini dianjurkan oleh AIA General Berhad (“AIA”).
- Tempoh Kempen adalah dari 20hb Julai 2026 sehingga 31hb Ogos 2026, termasuk dua tarikh tersebut.
- Kempen ini terbuka kepada pengguna TNG eWallet yang membuat pembelian pertama mereka bagi CI Insure atau Med Insure dengan mod pembayaran tahunan sepanjang Tempoh Kempen (“Pengguna Layak”).
- Pengguna Layak akan menerima satu tiket ke Konsert AIA Generasi, yang akan diadakan pada 20 September 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil (“Ganjaran”).
- Ganjaran akan dihantar oleh Penganjur, AIA melalui e-mel dalam bentuk e-kod unik. Pengguna Layak dikehendaki mendaftar di pautan laman web yang disediakan untuk menebus Ganjaran tersebut. Maklumat lanjut akan diberikan melalui e-mel.
- Sebanyak 80 tiket disediakan untuk diberikan dan akan diagihkan berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat(first come, first served).
- Ganjaran ini tidak boleh dipindah milik. Sebarang permintaan untuk menghantar Ganjaran kepada pihak ketiga tidak akan dilayan.
- Mana-mana pengguna yang membatalkan, menyerahkan, menukar atau memohon bayaran balik bagi pembelian CI Insure atau Med Insure mereka sepanjang Tempoh Kempen akan dibatalkan kelayakan secara automatik daripada Kempen ini dan tidak lagi layak untuk menyertai Kempen ini. Penganjur berhak menarik balik Ganjaran yang diberikan kepada Pengguna Layak tersebut.
- Sekiranya Peserta Layak disyaki secara munasabah atau didapati terlibat dalam sebarang aktiviti penipuan sepanjang Kempen ini, Penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta tersebut serta membatalkan dan mendapatkan semula Ganjaran yang diberikan. Jika Ganjaran tersebut tidak dapat diperoleh semula, peserta bersetuju untuk membayar balik kepada Penganjur nilai Ganjaran tersebut serta kos yang berkaitan. Penganjur juga berhak mengambil sebarang tindakan yang difikirkan perlu terhadap peserta tersebut.
- Penganjur berhak untuk membatalkan, mengubah, memendekkan, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada Peserta Layak. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, sebarang pembatalan, perubahan, pemendekan, pelanjutan, penggantungan atau penamatan Kempen ini tidak akan memberi hak kepada Peserta Layak untuk menuntut sebarang pampasan daripada Penganjur bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung akibat daripada perkara tersebut.
- Penganjur juga berhak untuk meminda atau memadam mana-mana Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa notis terlebih dahulu. Penyertaan berterusan dalam Kempen ini selepas pindaan dan/atau pemadaman tersebut dianggap sebagai pengakuan dan penerimaan tanpa syarat terhadap perubahan tersebut.
- Terma dan Syarat ini (termasuk sebarang pindaan, jika berkenaan) akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam sebarang risalah atau bahan promosi lain yang diiklankan untuk Kempen ini.
- Penganjur adalah pihak berkuasa muktamad dalam menentukan tafsiran Terma dan Syarat ini serta apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan Kempen ini.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan, perbelanjaan dan/atau liabiliti yang ditanggung oleh Peserta Layak yang timbul daripada penyertaan dalam Kempen ini atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengannya.
- Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap telah bersetuju dan memberi kebenaran kepada Penganjur untuk mengumpul, memproses, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan data peribadi mereka seperti yang dinyatakan dalam Penyata Privasi Kumpulan AIA di: https://www.aia.com.my/en/index/privacy-statement.html
- TNG Digital berhak untuk menahan sebarang manfaat di bawah perkhidmatan yang diberikan, dengan notis terlebih dahulu kepada pengguna, sekiranya pengguna didapati melanggar mana-mana Terma dan Syarat Pengguna TNG Digital. Terma dan Syarat Pengguna Am boleh didapati di: https://www.touchngo.com.my/assets/pdf/user-tnc.pdf
- Terma dan Syarat ini juga tertakluk kepada Terma dan Syarat Am Promosi yang boleh didapati di: https://www.touchngo.com.my/terms-conditions/general-promotion-terms-and-conditions
- Sila layari https://www.touchngo.com.my untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan.